{"id":4985,"date":"2025-02-16T03:11:54","date_gmt":"2025-02-16T03:11:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4985"},"modified":"2025-02-16T03:11:54","modified_gmt":"2025-02-16T03:11:54","slug":"ptg-menjalankan-semakan-kadar-baharu-cukai-tanah-dan-akan-berkuatkuasa-januari-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2025\/02\/16\/ptg-menjalankan-semakan-kadar-baharu-cukai-tanah-dan-akan-berkuatkuasa-januari-2026\/","title":{"rendered":"PTG MENJALANKAN SEMAKAN KADAR BAHARU CUKAI TANAH DAN AKAN BERKUATKUASA JANUARI 2026"},"content":{"rendered":"<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-4986 size-large\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-a-1024x682.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-a-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-a-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-a-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-a.jpg 1442w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (13 Februari 2025) &#8211; Kerajaan Negeri mengalami kekurangan kutipan hasil akibat cukai yang dibayar tidak selaras dengan syarat tanah dan cukai yang dikenakan. Sehubungan itu, perkara ini perlu dipandang serius dan dititikberatkan oleh semua pihak. Jika terdapat pihak yang melanggar syarat ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah seksyen 127 hingga seksyen 129 Kanun Tanah Negara dan seterusnya boleh dilucut haknya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata pada tahun 2024 hingga Disember 2025, permohonan permit langgar kategori atau syarat ini tidak dikenakan denda namun mulai Januari tahun 2026, setiap permohonan permit perlanggaran syarat atau kategori tanah ini akan dikenakan denda. Pemilik-pemilik premis yang viral juga disarankan untuk membayar permit langgar kategori atau syarat ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cUcapan terima kasih diucapkan kepada pemilik restoran viral di Kuala Muda iaitu Big Stone yang telah membayar permit kategori atau syarat kepada Kerajaan Negeri. Perkara ini boleh dijadikan contoh kepada pemilik-pemilik kedai atau restoran viral yang lain juga untuk melaksanakan tanggungjawab membayar permit langgar kategori atau syarat ke atas tanah yang diduduki.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cBagi isu pemutihan pemilik jeti yang didirikan di atas sungai yang tanahnya milik kerajaan pula yang mana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri juga akan memastikan supaya jeti-jeti yang tidak mempunyai pemilik akan dibuat penguatkuasaan ke atas jeti-jeti tersebut.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cAnggaran bilangan jeti yang telah disiasat adalah sebanyak 759 jeti. Pemilik jeti yang ingin memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS) boleh berbuat sedemikian untuk mengelakkan pemilik jeti yang tidak mempunyai LPS dan tidak membuat sebarang permohonan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Program Amanat Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato\u2019 Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Saifulrijal Azhari; Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah, Dato\u2019 Muhamad Arof Darus dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato\u2019 Mohd Fauzi Mustafa.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sedang menjalankan semakan kadar baharu bagi cukai tanah di Negeri Kedah berdasarkan kepada Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (KTN). Semakan kadar cukai tanah boleh dilakukan setiap 10 tahun sekali dari tarikh akhir semakan dilakukan. Kali terakhir semakan ini dilakukan pada 1 Januari 2016. Kadar baharu ini dijangkakan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 bagi seluruh Negeri Kedah.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cMelalui punca kuasa yang diperuntukan di bawah Seksyen 11 KTN, Kerajaan Negeri juga akan turut membuat pindaan ke atas sempadan-sempadan bandar, pekan dan mukim dengan memasukkan atau menaiktaraf tanah desa ke kawasan tanah pekan atau tanah pekan ke kawasan tanah bandar merujuk Seksyen 51 KTN.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cDengan menaiktaraf kawasan ini, maka Kerajaan Negeri akan memperolehi cukai yang lebih tinggi kerana kadar cukai ditentukan mengikut kategori, syarat nyata dan lokaliti. Selain itu, perubahan kawasan akan meluaskan dan merancakan lagi sektor pembangunan serta meningkatkan nilai hartanah dan mempengaruhi transaksi, ekonomi pasaran hartanah di kawasan tersebut,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber Berita : Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (13 Februari 2025) &#8211; Kerajaan Negeri mengalami kekurangan kutipan hasil akibat cukai yang dibayar tidak selaras dengan syarat tanah dan cukai yang dikenakan. Sehubungan itu, perkara ini perlu dipandang serius dan dititikberatkan oleh semua pihak. Jika terdapat pihak yang melanggar syarat ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah seksyen 127 hingga seksyen 129 Kanun Tanah Negara dan seterusnya boleh dilucut haknya. Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata pada tahun 2024 hingga Disember 2025, permohonan permit langgar kategori atau syarat ini tidak dikenakan denda namun mulai Januari tahun 2026, setiap permohonan permit perlanggaran syarat atau kategori tanah ini akan dikenakan denda. Pemilik-pemilik premis yang viral juga disarankan untuk membayar permit langgar kategori atau syarat ini. \u201cUcapan terima kasih diucapkan kepada pemilik restoran viral di Kuala Muda iaitu Big Stone yang telah membayar permit kategori atau syarat kepada Kerajaan Negeri. Perkara ini boleh dijadikan contoh kepada pemilik-pemilik kedai atau restoran viral yang lain juga untuk melaksanakan tanggungjawab membayar permit langgar kategori atau syarat ke atas tanah yang diduduki. \u201cBagi isu pemutihan pemilik jeti yang didirikan di atas sungai yang tanahnya milik kerajaan pula yang mana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri juga akan memastikan supaya jeti-jeti yang tidak mempunyai pemilik akan dibuat penguatkuasaan ke atas jeti-jeti tersebut. \u201cAnggaran bilangan jeti yang telah disiasat adalah sebanyak 759 jeti. Pemilik jeti yang ingin memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS) boleh berbuat sedemikian untuk mengelakkan pemilik jeti yang tidak mempunyai LPS dan tidak membuat sebarang permohonan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Program Amanat Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato\u2019 Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Saifulrijal Azhari; Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah, Dato\u2019 Muhamad Arof Darus dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato\u2019 Mohd Fauzi Mustafa. Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sedang menjalankan semakan kadar baharu bagi cukai tanah di Negeri Kedah berdasarkan kepada Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (KTN). Semakan kadar cukai tanah boleh dilakukan setiap 10 tahun sekali dari tarikh akhir semakan dilakukan. Kali terakhir semakan ini dilakukan pada 1 Januari 2016. Kadar baharu ini dijangkakan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 bagi seluruh Negeri Kedah. \u201cMelalui punca kuasa yang diperuntukan di bawah Seksyen 11 KTN, Kerajaan Negeri juga akan turut membuat pindaan ke atas sempadan-sempadan bandar, pekan dan mukim dengan memasukkan atau menaiktaraf tanah desa ke kawasan tanah pekan atau tanah pekan ke kawasan tanah bandar merujuk Seksyen 51 KTN. \u201cDengan menaiktaraf kawasan ini, maka Kerajaan Negeri akan memperolehi cukai yang lebih tinggi kerana kadar cukai ditentukan mengikut kategori, syarat nyata dan lokaliti. Selain itu, perubahan kawasan akan meluaskan dan merancakan lagi sektor pembangunan serta meningkatkan nilai hartanah dan mempengaruhi transaksi, ekonomi pasaran hartanah di kawasan tersebut,&#8221; ujarnya. Sumber Berita : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4987,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/PTG-b.jpg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4988,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4985\/revisions\/4988"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4987"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}