{"id":6987,"date":"2026-04-13T01:15:07","date_gmt":"2026-04-13T01:15:07","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=6987"},"modified":"2026-04-13T01:15:07","modified_gmt":"2026-04-13T01:15:07","slug":"kbok-2026-bakal-melahirkan-atlet-atlet-olimpik-negara-yang-gemilang-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2026\/04\/13\/kbok-2026-bakal-melahirkan-atlet-atlet-olimpik-negara-yang-gemilang-sanusi\/","title":{"rendered":"KBOK 2026 BAKAL MELAHIRKAN ATLET-ATLET OLIMPIK NEGARA YANG GEMILANG &#8211; SANUSI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"auto\">\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-6989 size-full\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-2.webp\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-2.webp 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-2-300x200.webp 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-2-768x512.webp 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n<p>ALOR SETAR (12.04.2026) &#8211; Komitmen dan semangat juang yang tinggi daripada para atlet, jurulatih dan pengurusan akan membawa kejayaan yang gemilang untuk meletakkan negeri Kedah amnya dan negara khususnya dalam mencapai misi pingat emas di Sukan Olimpik.<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah, Dato&#8217; Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penganjuran Kejohanan Bakat Olimpik Kebangsaan (KBOK) Tahun 2026 yang berlangsung di Negeri Kedah ini, akan melahirkan bintang-bintang Sukan Olimpik yang akan mencatat sejarah gemilang negara kita pada masa akan datang.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Bagi kami rakyat Kedah, ini bukan sekadar satu penghormatan tetapi juga adalah kepercayaan dan keyakinan pihak Majlis Sukan Negara bahawa Negeri Kedah mampu terlibat sama secara signifikan dalam usaha melahirkan atlet harapan dan bintang masa hadapan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kepada semua kontinjen dari luar Negeri Kedah, Selamat datang ke Negeri Kedah iaitu negeri yang bukan sahaja kaya dengan sejarah tetapi juga kaya dengan semangat juang rakyatnya. Dengan kunjungan ke Kedah kali ini, saya harap atlet-atlet kita akan belajar banyak perkara, terutamanya aspek nasionalisme dan patriotisme yang amat diperlukan bagi setiap atlet.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Kita bertarung sebagai ahli sukan bukan semata-mata untuk memenangi pingat atau ganjaran tetapi lebih penting daripada itu ialah maruah dan kedaulatan tanah air kita. Ini adalah ujian sebenar bukan hanya kekuatan fizikal, tetapi kekuatan mental serta jiwa dan paling penting ialah kita perlu hadapi situasi itu dengan betul, matang dan berfikiran positif.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Jangan pernah berasa rendah diri atau bermimpi kecil. Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu yang besar dan bertandinglah dalam Sukan Olimpik dan memenangi pingat emas pertama untuk negara.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-6988 size-full\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-1.webp\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-1.webp 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-1-300x200.webp 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-1-768x512.webp 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/>&#8220;Suatu kejayaan yang besar bermula daripada angan-angan. Daripada angan-angan akan menjadi impian, dan daripada impian akan lahir kenyataan. Jadi, jangan takut untuk berangan-angan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1\/2026 Kedah Darul Aman di Dewan Insaniah, Mergong di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Menteri Belia Dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia &amp; Sukan Negeri, Muhammad Radhi Mat Din; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato&#8217; Muhamad Mahazi Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Zulzuraidy Othman.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata beberapa sukan di Negeri Kedah semakin meningkat naik, antaranya berbasikal dan olahraga walaupun kita menghadapi kekangan dari segi infrastruktur dan kemudahan bersukan.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri amat berharap kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Belia &amp; Sukan agar dapat mempertimbangkan permohonan penyediaan beberapa kemudahan infrastruktur sukan yang kritikal seperti pembinaan velodrom dan padang olahraga yang lebih lengkap dan bertaraf antarabangsa di Negeri Kedah.<\/p>\n<p>&#8220;Kerjasama strategik dan sokongan berterusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan amatlah diharapkan agar usaha memperkasa ekosistem sukan di Negeri Kedah dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berimpak tinggi.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Kemudahan infrastruktur yang lengkap bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi atlet sedia ada, malah menjadi pemangkin kepada pencarian bakat-bakat baharu serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan secara serius dan berdaya saing,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Sumber : Warta Kedah<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (12.04.2026) &#8211; Komitmen dan semangat juang yang tinggi daripada para atlet, jurulatih dan pengurusan akan membawa kejayaan yang gemilang untuk meletakkan negeri Kedah amnya dan negara khususnya dalam mencapai misi pingat emas di Sukan Olimpik. Menteri Besar Kedah, Dato&#8217; Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penganjuran Kejohanan Bakat Olimpik Kebangsaan (KBOK) Tahun 2026 yang berlangsung di Negeri Kedah ini, akan melahirkan bintang-bintang Sukan Olimpik yang akan mencatat sejarah gemilang negara kita pada masa akan datang. \u200e&#8221;Bagi kami rakyat Kedah, ini bukan sekadar satu penghormatan tetapi juga adalah kepercayaan dan keyakinan pihak Majlis Sukan Negara bahawa Negeri Kedah mampu terlibat sama secara signifikan dalam usaha melahirkan atlet harapan dan bintang masa hadapan negara. &#8220;Kepada semua kontinjen dari luar Negeri Kedah, Selamat datang ke Negeri Kedah iaitu negeri yang bukan sahaja kaya dengan sejarah tetapi juga kaya dengan semangat juang rakyatnya. Dengan kunjungan ke Kedah kali ini, saya harap atlet-atlet kita akan belajar banyak perkara, terutamanya aspek nasionalisme dan patriotisme yang amat diperlukan bagi setiap atlet. \u200e&#8221;Kita bertarung sebagai ahli sukan bukan semata-mata untuk memenangi pingat atau ganjaran tetapi lebih penting daripada itu ialah maruah dan kedaulatan tanah air kita. Ini adalah ujian sebenar bukan hanya kekuatan fizikal, tetapi kekuatan mental serta jiwa dan paling penting ialah kita perlu hadapi situasi itu dengan betul, matang dan berfikiran positif. \u200e&#8221;Jangan pernah berasa rendah diri atau bermimpi kecil. Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu yang besar dan bertandinglah dalam Sukan Olimpik dan memenangi pingat emas pertama untuk negara. &#8220;Suatu kejayaan yang besar bermula daripada angan-angan. Daripada angan-angan akan menjadi impian, dan daripada impian akan lahir kenyataan. Jadi, jangan takut untuk berangan-angan,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1\/2026 Kedah Darul Aman di Dewan Insaniah, Mergong di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Belia Dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia &amp; Sukan Negeri, Muhammad Radhi Mat Din; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato&#8217; Muhamad Mahazi Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Zulzuraidy Othman. Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata beberapa sukan di Negeri Kedah semakin meningkat naik, antaranya berbasikal dan olahraga walaupun kita menghadapi kekangan dari segi infrastruktur dan kemudahan bersukan. \u200e&#8221;Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri amat berharap kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Belia &amp; Sukan agar dapat mempertimbangkan permohonan penyediaan beberapa kemudahan infrastruktur sukan yang kritikal seperti pembinaan velodrom dan padang olahraga yang lebih lengkap dan bertaraf antarabangsa di Negeri Kedah. &#8220;Kerjasama strategik dan sokongan berterusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan amatlah diharapkan agar usaha memperkasa ekosistem sukan di Negeri Kedah dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berimpak tinggi. \u200e&#8221;Kemudahan infrastruktur yang lengkap bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi atlet sedia ada, malah menjadi pemangkin kepada pencarian bakat-bakat baharu serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan secara serius dan berdaya saing,&#8221; ujarnya. Sumber : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6990,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-6987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KBOK-3.webp","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6987"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6991,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6987\/revisions\/6991"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6990"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}