{"id":7034,"date":"2026-04-26T03:18:52","date_gmt":"2026-04-26T03:18:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=7034"},"modified":"2026-04-26T03:41:02","modified_gmt":"2026-04-26T03:41:02","slug":"budaya-membaca-memperkukuh-ilmu-dalam-kalangan-masyarakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2026\/04\/26\/budaya-membaca-memperkukuh-ilmu-dalam-kalangan-masyarakat\/","title":{"rendered":"BUDAYA MEMBACA MEMPERKUKUH ILMU DALAM KALANGAN MASYARAKAT"},"content":{"rendered":"<div dir=\"auto\">\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-7035 size-full\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-1.webp\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-1.webp 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-1-300x200.webp 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-1-768x512.webp 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n<p>ALOR SETAR (23.04.2026) &#8211; Bangsa dibina oleh bahasa yang luhur, oleh sastera yang menghidupkan jiwa, dan oleh seni yang memanusiakan manusia. Menerusi tiga asas membaca, menulis dan bertutur, terbina keseluruhan arkitektur pemikiran manusia seperti sastera dan seni.<\/p>\n<p>\u200ePengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga &amp; Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Dato&#8217; Halimaton Shaadiah Saad berkata program hari ini sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Program ini bukan sekadar kolaborasi program, malah menjadi simfoni ilmu dan rasa, pertemuan antara akal dan jiwa yang membentuk naratif baharu dalam lanskap pendidikan negeri ini.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, kita sedang menyaksikan satu fenomena yang membimbangkan di mana bahasa kehilangan santun, kata kehilangan makna serta kehilangan jiwa dimana medan media sosial menjadi perkataan yang dilontar tanpa timbang tara, bahasa diperlakukan tanpa adab, dan wacana bertukar menjadi kakofoni yang membingitkan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita hidup dalam dunia yang penuh informasi, tetapi kontang kebijaksanaan kerana sarat dengan hiburan seterusnya tandus nilai kemanusiaan. Kita tak mahu mewariskan kehidupan seperti ini kepada anak-anak kita. Membaca bukan sekadar aktiviti malah ia adalah proses membina jiwa manusia.<\/p>\n<p>\u200e&#8221;Seorang anak yang membaca bukan sahaja akan menjadi bijak, tetapi akan menjadi lebih berempati, lebih beradab, dan lebih memahami dunia. Oleh itu, kita tidak boleh hanya mendidik anak-anak menjadi pandai tetapi juga perlu mendidik mereka menjadi insan yang baik dan bermanfaat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-7036 size-full\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-2.webp\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-2.webp 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-2-300x200.webp 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-2-768x512.webp 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/>Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Festival Sastera dan Seni Kanak-kanak Kedah X Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2026 di Kompleks City Plaza, Alor Setar di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, Dato&#8217; Abdul Gafar Yahya; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Shahizan Affandi Zakaria; Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Arni Nadhirah Abdul Hadi dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd. Tarmizi Abdul Rani.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Halimaton berkata tema pada tahun ini, <span class=\"html-span xdj266r x14z9mp xat24cr x1lziwak xexx8yu xyri2b x18d9i69 x1c1uobl x1hl2dhg x16tdsg8 x1vvkbs\"><a class=\"x1i10hfl xjbqb8w x1ejq31n x18oe1m7 x1sy0etr xstzfhl x972fbf x10w94by x1qhh985 x14e42zd x9f619 x1ypdohk xt0psk2 x3ct3a4 xdj266r x14z9mp xat24cr x1lziwak xexx8yu xyri2b x18d9i69 x1c1uobl x16tdsg8 x1hl2dhg xggy1nq x1a2a7pz xkrqix3 x1sur9pj x1fey0fg x1s688f\" tabindex=\"0\" role=\"link\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/hashtag\/membacamenggembirakan?__cft__[0]=AZZZlkCyogQycYWvhwOOEBfBGxn-EdhpU32iehhzlXSU0XRCws5ss8t98aJlGEeE6LlJEb9lScuYJhOGZNpu4svK8jpUbneLLiHPYCXhyTR6D8BzwByU10OhWvUhbYsoUPfO73eBUMv3_gVJNpKmQ0nD3nXr6LghiKQlFt6BTyYXFddIlxXHrflC5mYMf9GDAbs&amp;__tn__=*NK-R\">#MembacaMenggembirakan<\/a><\/span> dan <span class=\"html-span xdj266r x14z9mp xat24cr x1lziwak xexx8yu xyri2b x18d9i69 x1c1uobl x1hl2dhg x16tdsg8 x1vvkbs\"><a class=\"x1i10hfl xjbqb8w x1ejq31n x18oe1m7 x1sy0etr xstzfhl x972fbf x10w94by x1qhh985 x14e42zd x9f619 x1ypdohk xt0psk2 x3ct3a4 xdj266r x14z9mp xat24cr x1lziwak xexx8yu xyri2b x18d9i69 x1c1uobl x16tdsg8 x1hl2dhg xggy1nq x1a2a7pz xkrqix3 x1sur9pj x1fey0fg x1s688f\" tabindex=\"0\" role=\"link\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/hashtag\/membacamembinabangsa?__cft__[0]=AZZZlkCyogQycYWvhwOOEBfBGxn-EdhpU32iehhzlXSU0XRCws5ss8t98aJlGEeE6LlJEb9lScuYJhOGZNpu4svK8jpUbneLLiHPYCXhyTR6D8BzwByU10OhWvUhbYsoUPfO73eBUMv3_gVJNpKmQ0nD3nXr6LghiKQlFt6BTyYXFddIlxXHrflC5mYMf9GDAbs&amp;__tn__=*NK-R\">#MembacaMembinaBangsa<\/a><\/span>, bukan sekadar rangkaian kata yang indah didengar tetapi merupakan falsafah besar dalam membentuk peradaban manusia bermula dari akar umbi.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu, apabila kita mengangkat tema ini, kita sebenarnya sedang mengajak masyarakat untuk kembali kepada asas bahawa perubahan besar dalam negara ini tidak bermula dari atas, tetapi bermula dari halaman demi halaman sebuah buku.<\/p>\n<p>&#8220;Melalui penganjuran festival ini, kita berharap dapat menyemai nilai-nilai murni dan kecintaan terhadap pembacaan, seni dan budaya dalam jiwa anak-anak kita sejak usia muda. Kerajaan Negeri akan terus komited menyokong segala inisiatif yang memartabatkan budaya ilmu, sastera dan seni serta menyokong agenda perpaduan di negara ini,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Sumber : <a title=\"BUDAYA MEMBACA MEMPERKUKUH ILMU DALAM KALANGAN MASYARAKAT\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/share\/p\/1G9nMj7mkz\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Warta Kedah<\/a><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (23.04.2026) &#8211; Bangsa dibina oleh bahasa yang luhur, oleh sastera yang menghidupkan jiwa, dan oleh seni yang memanusiakan manusia. Menerusi tiga asas membaca, menulis dan bertutur, terbina keseluruhan arkitektur pemikiran manusia seperti sastera dan seni. \u200ePengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga &amp; Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Dato&#8217; Halimaton Shaadiah Saad berkata program hari ini sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat. \u200e&#8221;Program ini bukan sekadar kolaborasi program, malah menjadi simfoni ilmu dan rasa, pertemuan antara akal dan jiwa yang membentuk naratif baharu dalam lanskap pendidikan negeri ini. &#8220;Namun, kita sedang menyaksikan satu fenomena yang membimbangkan di mana bahasa kehilangan santun, kata kehilangan makna serta kehilangan jiwa dimana medan media sosial menjadi perkataan yang dilontar tanpa timbang tara, bahasa diperlakukan tanpa adab, dan wacana bertukar menjadi kakofoni yang membingitkan. &#8220;Kita hidup dalam dunia yang penuh informasi, tetapi kontang kebijaksanaan kerana sarat dengan hiburan seterusnya tandus nilai kemanusiaan. Kita tak mahu mewariskan kehidupan seperti ini kepada anak-anak kita. Membaca bukan sekadar aktiviti malah ia adalah proses membina jiwa manusia. \u200e&#8221;Seorang anak yang membaca bukan sahaja akan menjadi bijak, tetapi akan menjadi lebih berempati, lebih beradab, dan lebih memahami dunia. Oleh itu, kita tidak boleh hanya mendidik anak-anak menjadi pandai tetapi juga perlu mendidik mereka menjadi insan yang baik dan bermanfaat,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Festival Sastera dan Seni Kanak-kanak Kedah X Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2026 di Kompleks City Plaza, Alor Setar di sini, hari ini. Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, Dato&#8217; Abdul Gafar Yahya; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Shahizan Affandi Zakaria; Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Arni Nadhirah Abdul Hadi dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd. Tarmizi Abdul Rani. Dalam perkembangan sama, Halimaton berkata tema pada tahun ini, #MembacaMenggembirakan dan #MembacaMembinaBangsa, bukan sekadar rangkaian kata yang indah didengar tetapi merupakan falsafah besar dalam membentuk peradaban manusia bermula dari akar umbi. &#8220;Sebab itu, apabila kita mengangkat tema ini, kita sebenarnya sedang mengajak masyarakat untuk kembali kepada asas bahawa perubahan besar dalam negara ini tidak bermula dari atas, tetapi bermula dari halaman demi halaman sebuah buku. &#8220;Melalui penganjuran festival ini, kita berharap dapat menyemai nilai-nilai murni dan kecintaan terhadap pembacaan, seni dan budaya dalam jiwa anak-anak kita sejak usia muda. Kerajaan Negeri akan terus komited menyokong segala inisiatif yang memartabatkan budaya ilmu, sastera dan seni serta menyokong agenda perpaduan di negara ini,&#8221; ujarnya. Sumber : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7037,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-7034","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Budaya-Membaca-3.webp","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7034","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7034"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7034\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7054,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7034\/revisions\/7054"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7037"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7034"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7034"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7034"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}