• Memastikan tadbir urus organisasi yang terbaik dilaksanakan;

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam organisasi melalui pendedahan atau maklumat awal bagi mengurangkan kes-kes salahlaku di kalangan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman;

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

  • Memastikan pematuhan ke atas peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;

  • Mengemukakan / melaporkan hasil siasatan / penemuan daripada aduan / maklumat yang melibatkan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi kepada Urusetia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman untuk tindakan selanjutnya.