Mengenai Jerai Geopark
Jerai Geopark terletak dalam daerah Kuala Muda dan Yan, meliputi kawasan seluas 816 km² yang mana 501 km² adalah kawasan daratan dan 315 km² kepulauan dan lautan. Batas sempadan yang dipersetujui bersama ialah Sungai Limau di utara, Jalan Persekutuan F1 dan F257 di timur, Sungai Muda di selatan dan sempadan laut meliputi Pulau Sayak, Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting di bahagian barat. Persekitaran daratan dicirikan oleh dataran aluvium pantai, perbukitan rendah, gunung dan kepulauan kecil.
Penentuan sempadan Jerai Geopark ditentukan berdasarkan beberapa kriteria utama. Pertama, kedudukan geotapak penting, iaitu geotapak yang mewakili evolusi geologi dan landskap Gunung Jerai yang kebanyakannya berada di puncak dan kaki gunung ini. Kedua, tapak geoarkeologi, iaitu tapak berkaitan sejarah tamadun manusia yang berkait dengan komponen geologi yang kebanyakannya berada di Lembah Bujang. Ketiga, estuari kuasaan pasang surut laut yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang diwakili oleh lembangan Sungai Merbok. Pulau-pulau yang berada di luar pesisir daerah Yan juga mempunyai hubung kait dengan warisan geologi Gunung Jerai turut dimasukkan ke dalam geopark.
1
CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN MASA DEPAN 2021-2035
1
PERINCIAN CADANGAN PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN WARISAN JERAI GEOPARK
1
AKTIVITI JERAI GEOPARK JULAI 2017- DISEMBER 2020 DAERAH YAN
1
LAPORAN KEMAJUAN 2017-2021
Maklumat Umum
Keluasan Geopark- km²
816km² (Kuala Muda= 417km², Yan= 399km²)
Populasi
601,200 (Kuala Muda= 521,200, Yan=80, 000)
Tahun Pengisytiharan Geopark
18 Julai 2017
Tarikh Penilaian Yang Lepas dan Nama Penilai
5-7 Julai 2017
Penilai:
- Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed
- Dato’ Kamarulzaman Abdul Ghani Pemerhati
- Tanot Unjah
Dr. Dana Badang
Pegawai yang boleh dihubungi
En. Mohd Amin bin Ali
Pengurus Jerai Geopark
Unit Jerai Geopark, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Aras 3, Blok B, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
0194496999
Laman sesawang (URL)
https://www.kedah.gov.my/jeraigeopark
Media sosial
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Optio, neque qui velit. Magni dolorum quidem ipsam eligendi, totam, facilis laudantium cum accusamus ullam voluptatibus commodi numquam, error, est. Ea, consequatur.
Hubungi Kami
- +604-7027000
- bpen@kedah.gov.my
-
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah