KDL BERI MANFAAT KEPADA DUA JUTA RAKYAT KEDAH


ALOR SETAR (19 JANUARI 2021) – Perpustakaan Digital Kedah (KDL) yang baharu dibuka awal bulan Januari ini akan memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk Kedah dalam menuntut ilmu dan peningkatan diri.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau berbangga kerana KDL adalah salah satu projek ikonik Kedah yang selaras dengan agenda Ekonomi Digital negara.”Saya juga gembira kerana KDL telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai sejak membuka pintunya awal bulan ini, dengan lebih 660 pelanggan serta 60 orang pengguna telah menjadi ahli berdaftar.”KDL yang berkonsep perpustakaan dalam taman, didirikan di bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman menggabungkan unsur-unsur warisan dan teknologi sebagai elemen tarikan.”KDL bakal memberikan manfaat kepada lebih dua juta penduduk Kedah,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) secara atas talian pada Isnin.Pada Julai 2019, media melaporkan Kedah bakal mempunyai sebuah perpustakaan digital berkonsep dalam taman yang menggabungkan elemen teknologi terkini dan seni warisan tidak lama lagi.Perpustakaan yang dibina dalam kawasan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj seluas 2.2 ekar itu dijangka siap tahun 2021 melibatkan kos kira-kira RM15 juta.Projek kerajaan Persekutuan melalui NCIA itu dengan sokongan kerajaan negeri Kedah itu merupakan kemudahan dan ‘pemberian’ untuk rakyat.

Font Resize
Contrast