A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Mengenai Kami

Prakata

Peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai nadi penggerak dasar-dasar pembangunan sosio ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri semakin mencabar dari semasa ke semasa. Sejajar dengan perkembangan sector perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan juga didunia, PSUK turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dan ekspektasi yang tinggi dari stakeholders dan pelanggan

Perkembangan dalam pembangunan social dan ekonomi yang dialami oleh Negeri Kedah dan negara ini amnya telah menjadikan system penyampaian perkhidmatan awam tidak lagi boleh dijalankan seperti biasa, sebaliknya ia memerlukan penstrukturan semula dalam pelbagai aspek. Selain penstrukturan semula struktur organisasi, peningkatkan pengetahuan dan kemahiran juga menjadi semakin penting. Lebih jauh dari itu elemen-elemen nilai, etika dan integriti semakin mendapat perhatian bukan sahaja dikalangan stakeholders tetapi juga dari para pelanggan.

Bagi memenuhi harapan yang tinggi ini satu transformasi yang menyeluruh perlu dilaksanakan didalam perkhidmatan awam negeri. Ia melibatkan seluruh struktur pentadbiran awam yang meliputi organisasi, system dan prosedur serta tenaga manusia. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan system penyampaian perkhidmatan awam negeri. Ini memerlukan pendekatan yang strategic bagi membolehkan perkhidmatan awam negeri Kedah boleh memainkan peranannya dengan cekap dan berkesan sebagai nadi penggerak pembangunan sosio ekonomi negeri dan menjadi penanda aras terbaik.

 

Punca Kuasa

  1.     PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  2.     UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI
  3.     AKTA PROSEDUR KEWANGAN, 1957
  4.     PERINTAH-PERINTAH AM
  5.     ENAKMEN KERAJAAN NEGERI
  6.     KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
  7.     PEKELILING-PEKELILING KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
  8.     PERATURAN-PERATURAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH (KELAKUAN DAN      
        TATATERTIB)
  9.     AKTA PENCEN 1980
  10.     LAIN-LAIN AKTA DAN ENAKMEN YANG BERKAITAN


Stakeholder

  1.     KDYMM Tuanku Sultan & KDYMM Tuanku Sultanah
  2.     Y.A.B Menteri Besar
  3.     Y.B Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  4.     Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri

 

Teras Strategik

  1. Memantapkan Program Transformasi Ekonomi Bagi Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat
  2. Memperkasakan Transformasi Sosial Ke Arah Keharmonian Dan Kemakmuran Rakyat
  3. Memperkukuhkan Sistem Perancangan Dan Pembangunan Perbandaran Bagi Memacu Daya Saing Negeri
  4. Memantapkan Sistem Tadbir Urus Dan Pembudayaan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  5. Memperkukuhkan Kapasiti Dan Pembudayaan Kerja Berprestasi Tinggi Ke Arah Kecemerlangan Organisasi

 

Nilai Teras

  1.     Integriti
  2.     Disiplin
  3.     Komitmen
  4.     Intelektual
  5.     Taat Setia
  6.     Kualiti
  7.     Inovasi
  8.     Semangat Berpasukan

 

Peranan

  1. Melaksanakan agenda transformasi negeri berteraskan kepada dasar-dasar makro dan sektoral sejajar dengan visi serta misi negeri dan Negara
  2. Menyelaras pembuatan keputusan kerajaan negeri dan persekutuan berasaskan kepada dasar atau polisi negeri dan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan ke atas keputusan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna
  3. Menyelaras perhubungan dua pihak berkepentingan iaitu stakeholders dan pelangggan dalam memastikan kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran rakyat
  4. Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui pemantapan pembangunan modal insan serta pembudayaan ICT
  5. Memantau dan mengawal selia pembangunan pentadbiran daerah, tanah dan kerajaan tempatan meliputi 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman

 

Nilai Bersama

  1. Mengamalkan semangat persaudaraan (brotherhood)

  2. Berkhidmat dengan taat dan etia

  3. Mengamalkan budaya integriti

  4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

  5. Melaksanakn tugas dengan komited

  6. Mengamalkan disiplin yang tinggi

  7. Memupuk perasaan hormat menghormati

  8. Mengutamakan perkhidmatan berkualiti

 

 Pelanggan

  1. Jabatan dan Agensi Negeri

  2. Jabatan dan Agensi Persekutuan

  3. Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan

  4. Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

  5. Anggota Perkhidmatan Awam Negeri

  6. Badan-badan Swasta

  7. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

  8. Orang Perseorangan

 

VISI

Menjadi sebuah perkhidmatan awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang 2018

 

MISI

Menggerakkan agenda transformasi untuk pembangunan sosio ekonomi dan pentadbiran negeri yang inovatif demi kemakmuran rakyat

 

MOTO

Transformasi Perkhidmatan Teras Kemakmuran Rakyat

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO