BIOGRAFI
DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH IBNI SULTAN SALLEHUDDIN
![]() RAJA MUDA KEDAH KE-20 KEPUTERAAN Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah merupakan anakanda pertama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-29. Paduka bonda Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, bernama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Bt Tengku Ariff yang merupakan Kerabat DiRaja Negeri Kelantan Darul Naim.
PENDIDIKAN 1990 – 1991 : Holborn College, London United Kingdom 1988 – 1990 : Brunel University, Uxbridge Middlesex United Kingdom, Bachelor of Laws (Hons) 1987 – 1988 : Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya Selangor 1985 – 1986 : SEA Park Secondary School, Petaling Jaya Selangor 1980 – 1985 : Royal Military College, Sungai Besi, Kuala Lumpur
KELUARGA Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin telah bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff. Pertemuan tersebut berlaku ketika Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah sedang berkhidmat di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia pada Tahun 1999. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dilahirkan pada 19 Oktober 1971 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda merupakan lulusan Ijazah Undang - Undang (Kepujiaan) daripada University of Wale, College of Cardiff dan seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Undang-Undang Komersial) daripada University of Bristol. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda telah mendapat Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Legal Qualifying Board of Malaysia dan telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Malaysia pada Tahun 1996.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah telah melangsungkan perkahwinan bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff pada tanggal 27 Februari 2003. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan DiRaja ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu YM Tunku Zara Bahiyah binti Dato’ Seri Utama Tengku Sarafudin Badlishah yang diputerakan pada 4 April 2004 dan YM Tunku Sulaiman Badlishah bin Dato’ Seri Utama Tengku Sarafudin Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2007.
Kini, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin telah dilantik sebagai Pengerusi, di Thong Guan Industries Berhad dan sebagai Rakan Kongsi, di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates & Solicitors. Manakala Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff ketika ini, sedang berkhidmat di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat. Selain itu, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda juga turut menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
PENGALAMAN KERJAYA Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang kerjaya seperti berikut :-
Mac 2015 – Nov 2017 : Asiamet (M) Sdn Bhd / Asia Metropolitan University Director dan Board of Governors
Tahun 2014 – Julai 2016 : Haisan Resources Berhad Chairman
Tahun 1999 – Tahun 2010 : Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Director of Legal & Secretarial Department
Tahun 1997 - Tahun 1999 : Pesaka Jardine Fleming Sdn Bhd Company Secretary & Compliance Officer
Tahun 1994 – Tahun 1997 : Sime Darby Berhad, Kuala Lumpur Industrial Relations Executive
Tahun 1994 : Shearn Delamore & Co., Kuala Lumpur Pupil in Chambers
Tahun 1992 – Tahun 1994 : Sime Darby Berhad, Kuala Lumpur Management Executive Corporate Affairs & Planning Department and Legal Department
KELAYAKAN Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin mempunyai kelayakan seperti berikut :- 1994 : Advocate and Solicitor, High Court of Malaya 1992 : Barrister at Law (Inner Temple), United Kingdom 1990 : Bachelor of Laws (Hons), Brunel University, United Kingdom
ANUGERAH BINTANG DAN DARJAH KEBESARAN Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin telah dianugerahkan darjah kebesaran dan gelaran seperti berikut :-
November 2017 - Dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat DiHormati (DMK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama daripada Kebawah DYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Januari 2017 - Dianugerahkan Kerabat Bergelar, Tunku Laksamana Kedah daripada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Tahun 2007 - Dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’ daripada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
KEGIATAN KEGEMARAN / MINAT / HOBI
SUMBER : Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah |
- UTAMA
- KESULTANAN KEDAH
- YAB MENTERI BESAR
- AHLI YANG BERHORMAT
- PENTADBIRAN NEGERI
- JABATAN / AGENSI