Menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan sukan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara.

Menyelaras dan melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) dan Jawatankuasa Pengurus MSNK untuk memastikan pembangunan sukan berjalan dengan teratur dan mencapai visi dan misi serta aspirasi kerajaan.

Menyelaras, membantu dan mengawal selia persatuan-persatuan sukan di peringkat daerah dan negeri.

Menjadi pusat rujukan berkaitan pembangunan sukan yang melibatkan kepentingan Kerajaan Negeri Kedah.

Menyelaras program dan aktiviti sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Mengurus, menyelaras dan memelihara sumber-sumber Negeri (atlet-atlet) untuk tujuan pembangunan sukan Negeri Kedah.

Menyelaras persiapan kontinjen Negeri dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).