Sukan merupakan suatu aspek penting dalam mewujudkan suasana hidup yang harmoni, cergas dan cerdas. Sukan bukan sahaja menjamin kesihatan, malah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di antara ahli pasukan. Selain itu, sukan juga merupakan suatu arena yang mampu meningkatkan imej negara. Justeru itu, kerajaan telah memberi pengiktirafan terhadap kepentingan sukan di dalam mewujudkan satu masyarakat yang mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu, ianya telah mendorong kepada penubuhan Majlis Sukan Negeri.

 

Majlis Sukan Negeri merupakan satu organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi peringkat negeri. Ia merupakan sebuah organisasi kerajaan yang berperanan utama sebagai perancang menyelaras dan mengawalselia semua aktiviti serta pembangunan sukan di negeri masing-masing. Selaras dengan penubuhan Majlis Sukan Negara, satu usaha kolektif telah di ambil dengan menubuhkan Majlis Sukan Negeri yang mana ia bertujuan untuk meningkatkan dan memajukan sukan di Negeri-Negeri.

 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Sukan Negeri yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

 

SEJARAH PENUBUHAN MSN (K)

Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah) ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 Akta 29. daripada segi pentadbiran, MSN Kedah terletak di bawah pengawasan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

 

Hubungi :

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Kedah
Stadium Sultan Abdul Halim
Jalan Suka Menanti
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Tel    : 04-7303362 / 04-7303363
Fax   : 04-7342622