A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Balak RM200,000 dirampas di Kedah

11balak

ALOR SETAR 11 Januari - Jabatan Perhutanan negeri merampas sebanyak 1,053 batang kayu balak, kayu jaras dan rotan dianggarkan bernilai RM200,000 sepanjang tahun le­pas.

Timbalan Pengarah Operasi­nya, Mohd. Rahim Ramli berkata, se­banyak 23 kes kesalahan hutan direkodkan berlaku di tiga daerah pentadbiran hutan Kedah yang mana 14 kes dilaporkan berlaku Kedah selatan, sebanyak tujuh kes di Kedah tengah manakala dua lagi di Kedah utara.

“Sebanyak 12 tangkapan dila­kukan melibatkan kayu transit yang dibawa menggunakan lori ma­nakala lima tangkapan dibuat di­ dalam hutan dan salah satunya di Hutan Simpan Bukit Perak di Pendang.

“Rampasan melibatkan 513 ba­tang balak, 41 batang kayu jaras dan 500 batang rotan,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rahim, pi­haknya turut merampas sebanyak­ 22 kenderaan dan jentera se­perti motosikal, kereta, lori serta jengkaut yang digunakan pesalah se­panjang tahun lalu.

“Pihaknya membuka 10 kertas siasatan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan satu kes dituduh di bawah Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jumlah hasil yang dikutip mela­lui penguatkuasaan sepanjang tahun lalu iaitu denda mahkamah, bayaran ganti rugi dan kompaun adalah sebanyak RM1.12 juta,” katanya.

Oleh : Siti Nurazlina Jamaludin

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Adakah Perlu Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Melaksanakan Hari Bersama Pelanggan
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO