A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Kedah Beri Imbuhan Kepada Faiz

11kedah

ALOR SETAR 11 Januari - Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 di Zurich, Switzerland, pada Isnin lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bagaimanapun berkata jumlah imbuhan tersebut tidak akan diumumkan pada masa ini, dan akan diberikan secara sekali gus kepada pemain kelahiran Kedah itu.

"Kita akan bagi imbuhan secara 'one-off' dan jumlah tak boleh sebut lagi, tunggulah," katanya selepas Majlis Penyerahan Cermin Mata "Dari Mata Turun Ke Hati" anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini .

Pada majlis itu, 500 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih menjalani pemeriksaan dan menerima cermin mata secara percuma bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif Strategi dan Komunikasi BSN, Kameel Abdul Halim.

Ahmad Bashah berkata kejayaan Mohd Faiz itu patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana bukan senang untuk mendapat pengiktirafan di peringkat dunia, dan pertama buat negara.

Selain imbuhan daripada kerajaan negeri, Mohd Faiz juga bakal menjadi penerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan disambut Ahad ini.

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Adakah Perlu Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Melaksanakan Hari Bersama Pelanggan
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO