A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Pendang Waterfront Tarikan Baharu

7pendang

PENDANG 7 Februari - Pendang Waterfront yang terletak berhampiran Pendang Lake Resort di Pekan Pendang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai berikutan tarikan kolam renang kanak-kanak yang hanya mengenakan bayaran RM3 seorang.

Pengurus operasinya, Muhamad Ridzuan Aziz, 40, berkata, pusat riadah ini terbuka kepada semua golongan setiap hari bermula jam 3 petang sehingga 10 malam kecuali Isnin.

Menurutnya, pada hari cuti umum dan cuti sekolah, ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Pendang Watefront yang dibuka sejak 10 Disember tahun lalu turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu kanak-kanak bermain kolam, kios pelbagai makanan, surau dan juga tandas.

“Selain itu, Pendang Waterfront turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain seperti permainan buih, bot kayuh di tasik berhampiran, berbasikal dan motosikal serta kereta elektronik untuk kanak-kanak,” katanya.

Ridzuan berkata, dia dan tiga lagi rakan kongsinya menghasilkan idea pembinaan Pendang Waterfront ini kerana di daerah ini belum ada pusat riadah yang berkonsepkan kolam mandi untuk kanak-kanak.

“Sejak ianya dibuka kepada orang ramai, lebih 30 ribu pengunjung telah datang ke pusat riadah keluarga ini.

“Kita hanya benarkan kanak-kanak 12 tahun untuk mandi-manda dan insya-ALLAH pada masa hadapan kita akan memperluaskan kawasan ini dan turut menyediakan kolam dewasa.

“Ini adalah tempoh percubaan, sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menyarankan kepada pihak majlis daerah untuk pembinaan kolam dewasa,” ujarnya.

Tambah Ridzuan, pusat riadah ini mempunyai 15 kios yang menyediakan pelbagai menu makanan dengan harga yang berpatutan.

“Bagi satu masa, kolam ini mampu memuatkan 100 kanak-kanak.

“Keluasan kolam 80x20 ini mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan sasarkan sifar risiko lemas kerana tapaknya yang mendatar,” jelasnya.

Tambah Ridzuan, sekiranya mendapat kelulusan majlis daerah, pihak pengurusan akan turut menyediakan kolam memancing udang bagi tujuan merancakkan lagi kawasan Pendang Waterfront ini.

“Pengunjung dari luar negeri juga turut datang ke sini kerana harga yang kita kenakan sangat murah,” katanya.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Masuri, 31, berkata, ini adalah kali keempat dia membawa anak-anaknya.

“Selain daripada murah, kawasan riadah ini sangat selesa kerana turut disediakan ruang menunggu untuk memantau anak-anak meskipun kita tidak boleh mandi bersama,” katanya.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Adakah Perlu Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Melaksanakan Hari Bersama Pelanggan
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO