A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Ketagih Kerana Mudah Dapat Bekalan

15ketagih

POKOK SENA 15 Februari - Ramai pelajar mudah terjebak dalam gejala pengambilan ketum dan dadah berikutan bahan terlarang itu mudah didapati selain dipengaruhi rakan sebaya, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, ini berikutan aktiviti penanaman pokok ketum secara berleluasa oleh penduduk di kawasan pedalaman menyebabkan ramai remaja terdedah dan terjebak dalam pengambilan air ketum sebelum mengambil dadah.

Tabiat itu bermula dengan minum air ketum, kemudian mencuba dadah hingga sukar membuang tabiat itu dan mengundang pelbagai kegiatan jenayah dan masalah sosial, katanya selepas merasmikan Program Remaja Berwawasan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payung di sini hari ini.

"Melalui perjumpaan dengan pemimpin setempat terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pokok Sena baru-baru ini, isu daun ketum, dadah dan isu jenayah banyak dibangkitkan oleh golongan pemimpin kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata polis akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah bagi menjalankan program-program kesedaran mengenai bahaya daun ketum dan dadah.

Katanya paling bahaya adalah dadah moden kerana dadah ini sangat mahal dan boleh mengundang kegiatan jenayah seperti mencuri atau meragut semata-mata untuk membeli dadah.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Adakah Perlu Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Melaksanakan Hari Bersama Pelanggan
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO