A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Terpaksa Lepas Hasrat Belajar

15terpaksa

KULIM 15 Mac - Seorang gadis berusia 20 tahun terpaksa melepaskan hasrat untuk menghabiskan pelajarannya kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Kampung Air Putih, Junjung, di sini.

Siti Nur Rozidiah Hassan, 20, berkata, dia terpaksa mengambil keputusan mengutamakan ibunya, Siti Zauiah Ismail, 59, yang menghidap diabetis dan sakit buah pinggang kronik yang semakin teruk sejak 2015.

“Saya belajar di sebuah kolej di Pulau Pinang dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik sejak berusia 16 tahun namun hanya sempat belajar sehingga semester ke lima sahaja.

“Pada 2015, saya terpaksa pulang ke kampung untuk jaga emak yang sakit. Saya kena bawa mak ulang alik hospital untuk dapatkan rawatan, nak harapkan abang dia tak pandai memandu kereta,” katanya.

Katanya, walaupun terpaksa reda tidak lagi dapat meneruskan pengajian di situ, namun dia tetap mencuba memohon kolej yang lebih dekat dengan kediaman ibunya.

“Selepas beberapa kali dapat surat amaran kerana tidak hadir ke kelas walaupun memberi surat alasan menjaga ibu yang sakit dan akhirnya dibuang, saya masih berhasrat nak sambung belajar di kolej lebih dekat dengan rumah namun nasib tak menyebelahi ketika itu kerana penuh.

“Namun saya tak salahkan sesiapa mungkin ini jalan yang terbaik ALLAH berikan pada saya, sekiranya saya dapat sambung belajar siapa pula nak uruskan emak, adik beradik lain ada keluarga sendiri dan tinggal jauh, saya faham keadaan itu,” katanya.

Katanya, bagaimanapun harapannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau sekurangnya menamatkan diplomanya itu akan dicapainya juga nanti.

“Tak apalah saya percaya satu hari nanti pasti ada peluang untuk saya, sekarang biarlah saya berbakti kepada emak dulu,” katanya.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO