A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

'Kita Bukan Nak Jual Langkawi'

16kita

LANGKAWI 16 Mac - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyelar tanggapan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri hendak menjual Langkawi melalui penggalakan pelaburan luar.

Katanya, usaha kerajaan negeri Kedah menggalakkan kemasukan pelaburan luar ke Langkawi adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan tidak sepatutnya dilihat untuk menggadai pulau pelancongan ini.

"Apabila mereka melabur sejumlah wang yang besar, sudah tentunya mereka memerlukan jaminan dan jaminan itu (salah satunya) adalah dari segi pajakan... bukannya kita terus jual dan kemudiannya kita cuci tangan begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dan Adya Hotel Langkawi, di sini.

Menurutnya Kedah secara keseluruhannya memerlukan bantuan pelaburan dari luar untuk melonjakkan ekonominya dan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negeri ini memiliki banyak ruang lagi untuk pembangunan ekonomi.

Ahmad Bashah berkata, hanya sebahagian kecil sahaja daripada kumpulan 99 buah pulau yang membentuk Langkawi ini yang telah dibangunkan dan ini seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan.

Katanya, Langkawi telah dibahagikan zon-zon tertentu bagi menetapkan bentuk pembangunan yang sesuai dilaksanakan dan kesannya dapat dirasai oleh rakyat tempatan.

"Kutamaannya, rakyat di Langkawi mesti dapat pembangunan yang kita bawa," katanya.

Menurutnya, pelabur-pelabur khususnya dari China dan Korea Selatan telah menunjukkan minat mereka untuk membuat pelaburan bagi memulakan beberapa industri di Kedah.

"Bila industri ini wujud, pelbagai peluang pekerjaan dan peluang-peluang lain dapat diadakan," katanya.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO