A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

AADK Bersihkan Port Dadah

17aadk

SUNGAI PETANI 17 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda menjalankan program pembersihan ‘My Beautiful Malaysia’ di Taman Seri Aman Bedong bagi menghapuskan rumah kosong yang dijadikan port penagihan dadah.

Ketua Pegawai AADK, Shamshuri Yussof berkata, program kali ini bertumpu di kawasan rumah tidak berpenghuni yang menjadi sarang penagih dadah di taman perumahan berkenaan.

“AADK smerobohkan sebanyak dua sarang penagihan dadah melalui pendekatan gotong-royong bersama komuniti setempat.

“Penglibatan komuniti sangat penting dalam membanteras penyalahgunaan dadah selain mengelak penagih kembali bersarang di tempat itu,” katanya, dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan merobohkan sarang penagih dilakukan dengan kerjasama 100 peserta termasuk pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp), Idaman Environment, Ahli Skuad AADK Kuala Muda dan penduduk secara bergotong-royong.

“Program gotong-royong atau ‘My Beautiful Malaysia’ dilaksanakan untuk melahirkan semangat kesukarelawan dalam masyarakat dan membasmi masalah dadah di kawasan komuniti.

“Usaha ini perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah sosial kalangan anak muda, sekali gus membantu mencegah kegiatan jenayah lain,” katanya.

Program yang disempurnakan Penyelaras Dun Gurun, Datuk Boey Chin Gan itu turut dimeriahkan dengan ceramah, sesi dialog bersama komuniti serta taklimat berkaitan fungsi dan peranan AADK.

Dalam ucapannya, Chin Gan berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan program itu.

Beliau turut memuji Idaman Environment yang bertungkus lumus menjalankan aktiviti pembersihan di semua kawasan Daerah Kuala Muda.

“Saya harap masyarakat tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana kesannya amat negatif sama ada kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO