A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Dua Projek Baharu Bakal dibina

18dua

KUALA NERANG 18 April - Padang Terap bakal menerima sebuah sekolah berasrama penuh dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Padang Terap 2020 nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, projek berkenaan akan merancakkan lagi pembangunan di Padang Terap dan ini sekali gus akan membawa Padang Terap ke arah pembangunan lebih cemerlang.

Menurutnya, Sekolah Berasrama Penuh Sains Padang Terap itu akan dibina di Bukit Gedung dan akan menempatkan pelajar cemerlang dari Padang Terap serta daerah lain.

“Pembinaan sekolah ini menunjukkan kepimpinan sekarang bersungguh-sungguh membangunkan Padang Terap ini setanding dengan daerah lain. Oleh itu, ibu bapa di sini tidak perlu lagi bimbang jika anak mereka mahukan melanjutkan pelajaran di asrama penuh kerana daerah ini sudah pun memilikinya.

“Pembangunan sekolah asrama itu nanti sudah pasti akan memberi kepesatan kepada Pekan Kuala Nerang dan ini secara tidak langsung akan memberi impak ekonomi yang baik kepada penduduk di sini," katanya yang merasmikan program itu di Pejabat Daerah Padang Terap semalam.

Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020 itu turut mencadangkan pembangunan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Lembah Radin.

Sebanyak 700 unit rumah akan dibina di kawasan itu dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Namun, katanya, penduduk di Padang Terap akan diutamakan terlebih dahulu bagi memberi keselesaan tempat tinggal kepada mereka.

“Pembinaan PR1MA ini merupakan hadiah kepada penduduk di Padang Terap dari kepimpinan sekarang supaya mereka mendapat kediaman yang kondusif dan sempurna.

“Pembangunan yang pesat ini akan memberi kepesatan kepada bilangan penduduk di sini, malah beberapa kawasan perumahan yang sedang dibina sudah banyak dijual. Ini merupakan petanda baik kepada pembangunan di daerah ini pada masa hadapan,” katanya yang juga Adun Kuala Nerang.

Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Fathullah Suhaimi Ismail dan Timbalan Pengarah PLANMALAYSIA@Kedah, Ku Mohd Lafdzi Ku Ismail.

Menurut Badrol Hisham, program itu adalah sebagai platform untuk memberi hebahan, menerima pandangan, cadangan dan bantahan ke atas Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020 (Pengubahan 2) yang disediakan oleh Majlis Daerah Padang Terap.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO