A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Habuan Lumayan Menanti Kedah

14habuan
ALOR SETAR 14 Mei - Skuad Lang Merah menjadi pasukan pertama yang dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya mereka membawa pulang Piala FA untuk kali keempat selepas sembilan tahun gagal me­lakukannya.

Kedah pernah menjuarai Piala FA pada 1996 dan kemudian me­ngulanginya sebanyak dua kali berturut-turut sejak 2007 dan kejayaan pada 2008 adalah kali ter­akhir mereka melakukannya.

Mereka akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini selepas menumpaskan Terengganu 3-0 dalam separuh akhir kedua di Kuala Terengganu malam tadi untuk mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-0.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata pihaknya akan mempertimbangkan ganjaran yang sesuai jika skuad Lang Merah menamatkan kemarau kejayaan.

Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata kemenangan Kedah ke atas Terengganu dalam separuh kedua malam tadi membuktikan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan jurulatih Kedah untuk me­nyertai kem kebangsaan bukan penghalang kepada kejayaan, sebaliknya semangat berpasukan mendahului segala-galanya.

“Walaupun bermain di tempat lawan, skuad Lang Merah menampilkan permainan yang bermutu dan saya berpuas hati de­ngan prestasi pasukan ketika ini.

“Saya beri kepercayaan kepada pemangku jurulatih Mohd. Nidzam Adzha Yusoff untuk membimbing pasukan,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut menyeru semua penyokong Kedah agar memberi sokongan padu kepada Lang Merah dalam perlawanan akhir nanti.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Nidzam Adzha berkata meskipun Cheng Hoe tidak lagi bersama mereka namun tunjuk ajar bekas jurulatih mereka itu selama ini masih merupakan faktir penting kepada kejayaan Lang Merah.

“Alhamdulillah sekali lagi Kedah ke final, kunci utama memang sudah diterapkan oleh Tan Cheng Hoe, mereka (pemain) sangat akrab di luar dan dalam padang, bersefahaman serta mahir corak permainan macam ini.

“Sebenarnya tidak banyak kerja yang perlu saya buat, Cheng Hoe sudah memberi segala-galanya termasuk motivasi, bentuk bertahan dan bagaimana untuk menyerang.

“Saya cuma menyambung sahaja,” katanya.

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO