A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Blueprint NCER Pacu Pembangunan Kedah

14blueprint
ALOR SETAR 14 Mei – Rakyat Kedah disaran menyokong Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 atau Blueprint 2.0 bagi memacu ekonomi negeri ini supaya berkembang maju, berdaya saing dan berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, rakyat perlu bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam usaha menjadikan Kedah yang terkenal sebagai Negeri Jelapang Padi sebagai hab perindustrian dan pertanian maju.

“Blueprint 2.0 yang dirangka melibatkan empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis meliputi dua projek besar iaitu Kedah Science Technology Park (KSTP) dan Kedah Rubber City (KRC).

“Tumpuan NCIA menerusi blueprint tersebut sudah pasti akan menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada aspek sosioekonomi,” katanya selepas melancarkan Blueprint 2.0 di sini hari ini.

Menurutnya, industri bio dijangka membuka banyak peluang ekonomi dan perdagangan baharu di negeri ini.

“Melalui kemajuan sains, Kedah bakal menghasilkan produkproduk farmaseutikal, kimia hijau atau green chemical, tenaga boleh diperbaharu dan superfruits seper ti buah tin di Changlun, Kedah,”
katanya.

Menurut Ahmad Bashah, untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian yang maju, rakyat perlu lebih terbuka untuk menerima perubahan dan pembaharuan.

“Rakyat perlu menerima seandainya kawasan bendang mereka di kawasan bandar mahu didirikan kilang... tapi kita akan menggantikan tanah bendang tersebut dengan tanah lain di pinggir bandar.

“Ini kerana kesannya bukan sahaja kepada penduduk di bandar tetapi juga di luar bandar khususnya dalam meningkatan sosioekonomi penduduk sekali gus membawa perubahan dan ke majuan apabila pembangunan dibawa oleh NCIA ke kawasan mereka,” katanya.

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO