A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Sistem Pendidikan ditambah Baik

18sistem

ALOR SETAR 18 Jun - Kementerian Pendidikan sedang berusaha menambahbaik sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan menyelaras modul pembelajaran institusi prasekolah kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, satu Jawatankuasa Pendidikan Awal Kanak-kanak ditubuhkan bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan potensi prasekolah kerajaan.

Katanya, jawatankuasa yang disertai pakar dari kementerian tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Permata Negara (Permata).

“Jawatankuasa terbabit akan mencari kaedah terbaik untuk menyelaras modul pembelajaran kanak-kanak bermula dari prasekolah kerajaan sebagai persiapan untuk mereka masuk tahun satu.

“Kita akan melihat keperluan untuk menambah baik pendidikan awal kanak-kanak sedia ada. Mungkin kota akan menyelaras aktiviti pembelajaran mengikut keupayaan usia mereka,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan biasiswa kepada 48 pelajar tingkatan lima dalam Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA Daerah Padang Terap 2017.

Oleh : Siti Nurazlina

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO