A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Econsave Bantu Pesakit Lumpuh

13econsave

SUNGAI PETANI 13 Julai – Nasib seorang pesakit lumpuh, K. Segaran, 48, di Taman Peruda Jalan Taman Ria dekat sini mendapat perhatian pihak Econsave Bandar Petani Jaya (BPJ) di sini yang menghulurkan bantuan meri­ngankan bebannya.

Isteri lelaki itu, S. Kogilavani, 42, kini terpaksa mencari nafkah dengan bekerja sebagai pembantu menjual ayam segar di pasar bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Kogilavani berkata, semua ke­perluan harus disediakan terma­suk lampin pakai buang dan makanan kerana suaminya itu tidak berdaya lagi untuk bergerak.

“Sedih sekali apabila melihat keadaan kesihatannya sekarang ini, sering tidur dan sekali sekala duduk atas kerusi roda sahaja kerana penyakit ini agak payah untuk sembuh,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kogilavani berkata, dia terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

“Pendapatan saya sebulan se­telah bekerja di tempat itu, tidak seberapa dan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM300 sebulan untuk suami turut digunakan untuk membeli pelbagai keperluan harian,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Ca­wangan Econsave Bandar Petani Jaya, Saparin Abu Seman berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa keluarga itu dan tampil menghulurkan sumbangan bernilai RM1,000.

Katanya, sumbangan diberikan melalui Program Econsave Prihatian 2017 itu mengandungi barang makanan dan lain-lain yang sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan bebanan keluarga berkenaan.

Hadir sama Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor.

Oleh : Abd Razak Osman

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO