A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Musim Tutup di Pulau Payar diperhalusi

7musim

ALOR SETAR 7 Ogos – Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) masih memperhalusi cadangan untuk melaksanakan sistem musim tutup di Pulau Payar, Langkawi bagi memastikan keseimbangan ekosistem di taman laut negara itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sukarno Wagiman berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan dengan pelbagai agensi terlibat bagi mencari penyelesaian terbaik supaya pelaksanaan sistem itu tidak menjejaskan reputasi pelancongan Kedah.

“Sistem berkenaan belum boleh melaksanakan kerana JTLM masih berbincang de­ngan kerajaan negeri, Jabatan Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi mencari pendekatan yang memuaskan semua pihak.

“Banyak aspek perlu diambil kira, sebagai contoh tempahan yang diterima untuk ke Pulau Payar dibuat setahun lebih awal, jika pulau ini ditutup kita bimbang ia akan menjejaskan reputasi sektor pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Perintis Taman Laut di Hatiku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah, dekat sini baru-baru ini.

Sukarno berkata, kerajaan negeri meminta JTLM mengehadkan jumlah pelancong ke Pulau Payar kepada 380 orang setiap hari kerana bimbang kemudahan awam yang tidak mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pelancong ke taman laut itu.

“Kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur dijalankan kerana kemudahan awam di pulau tersebut tidak mampu menampung jumlah pelancongan yang ramai.

“Sebanyak RM20 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan melalui Program Naik Taraf Pulau Langkawi untuk menaik taraf kemudahan awam di sini seperti jeti, surau, tandas dan laluan siar kaki sejauh 450 meter dari jeti ke pantai pulau tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja naik taraf berjalan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2019.

“Kerja-kerja naik taraf dijalankan secara berperingkat bagi membolehkan penambahbaikan dijalankan tanpa mendatangkan bahaya kepada pelancong,” katanya.

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO