A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Kenduri Durian 'Pak Tam' Meriah

8kenduri

KUBANG PASU 8 Ogos - Majlis Jom Makan Durian Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar berlangsung meriah di Kampung Lahar, Mukim Malau dekat sini, pagi ini.

Dengan dihadiri lebih 100 individu terdiri daripada penduduk kampung serta kakitangan kerajaan, lebih 250 kilogram durian, cempedak serta rambutan habis dimakan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, majlis turut diserikan dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff bersama isteri, Puan Sri Nur Katherina Koh.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar serta Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Aminuddin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Tam’ dalam kalangan penduduk kampung memberitahu, majlis tersebut diadakan bagi meraikan penduduk kampung selain beramah mesra bersama masyarakat setempat.

Oleh : Mohd Rafie Azimi

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: portalkedah[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Peta Lokasi

Aplikasi KedahApps adalah saluran terbaik bagi rakyat untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan awam negeri
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO