Nobat Diraja

Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra Diraja yang mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat, satu Serunai dan satu Gong. Nobat DiRaja Negeri Kedah adalah yang tertua di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak turun temurun seperti Istiadat Pertabalan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permakaman Diraja dan sebagainya. Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan. Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan oleh Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja

Font Resize
Contrast