PENDING DIRAJA

Pending Diraja berbentuk bulat dan bertatahkan 12 biji batu berlian. Di tengahnya diperbuat daripada ‘enamel’ dan terdapat bintang 8 penjuru bertatahkan 16 biji batu berlian. Di tengahnya terletak sebiji permata berlian. Di kiri kanan terdapat ukiran berbentuk bunga ketola bertatahkan 3 biji permata berlian. Tali pinggangnya diperbuat daripada anyaman emas 112 mayam.

Font Resize
Contrast