Singgahsana

Singgahsana mengikut adat istiadat adalah merupakan tempat bersemayam DiRaja yang melambangkan takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Singgahsana yang terdapat di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit telah dibina pada tahun 1986 dan ianya melambangkan kekayaan warisan kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. Di sebelah atas bahagian belakangnya terletak jata Negeri Kedah Darul Aman yang bersalut dengan emas dan didukungi bahagian bawahnya dengan ukiran corak ‘Bunga Setar’. Di bahagian bawah pula, jalur ukiran “Bunga Padi’ yang menyemarakkan lambang kebesaran Singgahsana. Di sebelah kiri dan kanan serta di tengah-tengah bahagian belakangnya dihiasi pula dengan ukiran bintang emas yang melambangkan kebesaran Islam. Manakala alas tilamnya berlapik kulit berwarna ungu DiRaja.

Font Resize
Contrast