A- A A+
 

Ammar

 

Yang Berhormat
DATO' PADUKA AMMAR BIN DATO' SHAIKH MAHMOOD NAIM
DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK.

 

Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim dilahirkan pada tahun 1962 di Alor Setar, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar, Alor Setar dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Sekolah Menengah Sains Tunku Tuanku Syed Putra, Perlis. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan di California State University Frenso, Amerika Syarikat pada tahun 1980 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan (Perakaunan) (B.Sc Hons) pada tahun 1984. Seterusnya pada tahun 1985 beliau telah meneruskan pengajiannya ke peringkat Sarjana di University of Sans Francisco, Amerika Syarikat dan berjaya dianugerahkan Ijaah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) pada tahun 1986.

Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim telah bertemu jodoh dengan Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit dan perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada 3 Ogos 1995. Hasil daripada perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata dua lelaki dan dua perempuan.