SULTAN KEDAH SERU KETUA KELUARGA CARI REZEKI HALAL

Balu Allahyarham Ismail, Yah Othman, 77 (berkerusi roda) menerima anugerah Maal Hijrah Peringkat Kedah 2022 bagi pihak suaminya daripada Wan Salim di sebuah hotel pada Selasa.

ALOR SETAR (2 OGOS 2022) : Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru semua ketua keluarga terutamanya suami berusaha mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri kerana setiap makanan dan minuman, yang diberikan akan menjadi darah daging.

Baginda bertitah, jika makanan itu diperoleh daripada sumber yang tidak halal, sama ada makanan tersebut sendiri yang tidak halal, atau dibeli dengan cara yang tidak halal, maka akan merosakkan jiwa anak-anak dan mewarnai kotoran dalam hati isteri.

“Ia akan memberi kesan yang negatif kepada pembentukan akhlak anak-anak nanti. Penting bagi ketua keluarga menjaga punca rezeki serta makanan mereka, agar cahaya keimanan mudah masuk ke dalam hati sanubari, dan terpelihara daripada azab neraka,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah demikian semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 secara dalam talian pada Selasa.

Baginda juga menyeru seluruh umat Islam khususnya di Kedah, agar menghayati semangat hijrah dan menterjemahkan secara syumul dalam menjalani kehidupan berkeluarga ataupun secara individu.

Baginda bertitah, bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini yang memfokuskan terhadap kekeluargaan, umat Islam perlu memberi keutamaan dan perhatian khusus dalam aspek pembinaan keluarga.

“Islam adalah agama yang amat mengambil berat, dalam membentuk keluarga yang penyayang. Pembentukan keluarga dalam Islam, bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah, mengikut hukum Islam itu sendiri.

“Apabila rumah tangga itu dibina dengan asas yang sempurna dan sah, maka ia akan mendapat keredhaan ALLAH. SWT
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/214342/EDISI/Sultan-Kedah-seru-ketua-keluarga-cari-rezeki-halal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

“Beta menyeru kepada seluruh umat Islam, agar berusaha membina keluarga yang bahagia dan penyayang, mengikut lunas-lunas ajaran dan panduan yang telah digariskan oleh agama Islam,” titah baginda semasa

Tambah baginda, rakyat juga diingatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, dengan menjaga kesihatan diri dan keluarga kerana virus Covid-19 masih lagi berlegar di sekeliling masyarakat.

Majlis penyampaian anugerah Maal Hijrah Kedah tahun 2022 disempurnakan oleh Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Datuk Wan Romani Wan Salim.

Pengasas Haji Ismail Group (HIG) Langkawi Holdings Sdn Bhd, Allahyarham Ismail Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kedah bagi tahun 2022.

Sementara itu, anugerah Masjid Terbaik Bandar menjadi milik Masjid Al Halimi, Pekan Bandar Baru manakala anugerah Masjid Terbaik Luar Bandar milik Masjid Al Busra, Pekan Merbok, Sungai Petani.

Sumber : Sinar Harian

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)