Page 31 - Demo
P. 31


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT3021 SEPTEMBER 202530 SEPTEMBER 202522 SEPTEMBER 202530 SEPTEMBER 2025ADUN PANTAI MERDEKA SANTUNI PESAKIT DI KAMPUNG PADANG SALIMADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long menziarahi Khairul Ridzuan di Kampung Padang Salim serta menyampaikan sumbangan dan kata semangat, mendoakan agar beliau segera sembuh.KERJA-KERJA MENAIKTARAF LONGKANG DAN PENURAPAN JALAN DI TAMAN AMANADUN Anak Bukit, YB. Rashidi Razak turun meninjau kerja-kerja menaiktaraf sistem longkang dan penurapan jalan berhapan premis perniagaan di Taman Aman.Tujuan utama inisiatif ini dijalankan adalah bagi memastikan aliran air yang lebih lancar serta permukaan jalan yang lebih selamat dan selesa untuk penduduk.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini demi kesejahteraan komuniti setempat. YB BADDROL BAKHTIAR TINJAU ISU LONGKANG TERSUMBAT DI BATU 10ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar turun padang meninjau longkang tersumbat di Batu 10 yang menyebabkan air bertakung dan melimpah ke jalan utama menuju Jeniang.Masalah berlarutan sejak sekian lama itu akan ditangani segera melalui kerja baik pulih longkang bagi mengurangkan risiko limpahan air serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar.MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGERI KEDAH KEPADA ATLET SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIAADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab yang mewakili Exco Sukan Negeri Kedah, YB Haji Muhammad Radhi, telah merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kedah kepada kontinjen negeri Kedah yang akan beraksi dalam Sukan Orang Pekak Malaysia kali ke-22 di Sarawak.Majlis ini menjadi simbol semangat juang, kesungguhan serta kebanggaan seluruh rakyat Kedah terhadap atlet istimewa yang bakal membawa nama negeri di pentas kebangsaan.
                                
   25   26   27   28   29   30   31