Page 29 - Demo
P. 29


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT289 SEPTEMBER 202510 SEPTEMBER 20259 SEPTEMBER 202514 SEPTEMBER 2025110 PENERIMA TERIMA SUMBANGAN DI BUKIT LADAADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz bersama Pengerusi MKK Kampung Nawa, Pak Su Halim menyampaikan sumbangan kepada 110 penerima melibatkan penduduk Kampung Nawa, Kampung Khuan Buang dan Kampung Paya.Sumbangan berupa barangan keperluan ini disumbangkan oleh saudara Syafiq, anak saudara kepada Abang Lah Saidun dari Kampung Nawa.YB Ustaz Salim turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan kampung yang aktif serta penduduk yang sentiasa prihatin membantu sesama masyarakat.PERARAKAN MAULIDUR RASUL MERIAHKAN DAERAH PADANG TERAPADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Padang Terap di Masjid Tandop Besar.Majlis dimulakan dengan perarakan kontinjen pelbagai agensi, sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang sarat dengan pengisian ilmu dan peringatan.Penganjuran ini bukan sahaja memeriahkan sambutan, malah menjadi wadah penyatuan dan mengukuhkan ukhuwah masyarakat setempat.TINJAUAN PROJEK NAIK TARAF SIMPANG EMPAT POKOK PAUHADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Abdul Samad Saad serta MKK Pokok Pauh, Saudara Fikri meninjau projek naik taraf simpang empat Pokok Pauh kepada bulatan (roundabout).Projek bernilai hampir setengah juta ini kini siap sekitar 80 hingga 90 peratus, melibatkan kerja pelebaran jalan, pemasangan culvert, lampu solar serta pembinaan bulatan.KEBAKARAN DI KAMPUNG CHAROK SALANG MUSNAHKAN RUMAH PENDUDUKADUN Kupang, YB Brigadier Jeneral (B) Dato%u2019 Haji Najmi Haji Ahmad menziarahi Ustazah Fatimah Mahmud yang kediamannya di Madrasah alZuhdiah, Kampung Charok Salang musnah dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas.Tiada kehilangan nyawa dilaporkan, manakala beberapa dokumen penting berjaya diselamatkan.Dalam lawatan itu, YB Najmi turut menyampaikan sumbangan tunai dan kelengkapan asas bagi meringankan beban mangsa sekeluarga.
                                
   23   24   25   26   27   28   29   30   31