Page 27 - Demo
P. 27


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT264 SEPTEMBER 20253 SEPTEMBER 2025 3 SEPTEMBER 20254 SEPTEMBER 2025TINJAUAN TITI ROSAK DI KAMPUNG KOBAHPegawai Khas ADUN Tokai, Saudara Kadir bersama Penghulu Mukim Air Putih, Hj Azmi meninjau titi yang rosak di Kampung Kobah selepas dilalui sebuah kereta.Titi tersebut penting kerana digunakan penghuni empat rumah, dan penduduk telah bergotongroyong membuat baik pulih sementara. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan untuk dibaiki atau diganti baharu.TINJAUAN NAIK TARAF JALAN BELAKANG HOTEL RAIAADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan di belakang Hotel Raia menuju Alor Senjaya, Mukim Anak Bukit.Usaha ini bertujuan meningkatkan kemudahan, keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.PENUTUPAN PROGRAM BAKTI SISWA PERDANA KEDAH 2025 DAERAH LANGKAWIADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud menghadiri Majlis Penutupan Program Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2025 di Kompleks Jetty Point, selepas mahasiswa berkampung 5 hari 4 malam di Pulau Tuba.Program ini melibatkan DUN Kuah dan DUN Ayer Hangat dengan sokongan keluarga angkat serta komuniti Pulau Tuba.50 KELUARGA DUN BUKIT PINANG TERIMA SUMBANGAN I-KAFALAHADUN Bukit Pinang, YB. Dato%u2019 Romani Wan Salim menyampaikan inisiatif i-kafalah kepada 50 keluarga dari DUN Bukit Pinang.Turut hadir wakil Pusat Khidmat Parlimen Pokok Sena, saudara Alizi dan Pengarah JPRD Bukit Pinang, Haji Ismail Othman.
                                
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31