PENERBANGAN IHSAN HANTAR BAYI KE HOSPITAL SERDANG

PETUGAS kesihatan dan kru Medevac memeriksa bayi berusia dua bulan yang menghidap komplikasi jantung. FOTO Ihsan JBPM.

ALOR SETAR (26 DISEMBER 2022) : Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pangkalan Udara Wilayah Tengah hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa bayi perempuan berusia dua bulan yang mengalami komplikasi jantung.

Bayi perempuan itu dihantar untuk menjalani rawatan di Hospital Serdang, Selangor.

Penguasa Kanan Bomba II, Pangkalan Udara Wilayah Utara, Muhammad Fisol Rosli berkata, penerbangan penyelamatan (Medevac) menggunakan helikopter jenis AW189 yang diketuai Juruterbang, Timbalan Penguasa Bomba II Khairulnizam Jamaludin dan Pembantu Juruterbang Penolong Kanan Penguasa Bomba Safri Rambli.

Katanya, pesawat turut membawa tiga kru JBPM dan kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah yang mengiringi bayi itu serta berlepas pada 9.09 pagi.

“Penerbangan tiba di Hospital Serdang pada 10.54 pagi,” katanya.

Sumber : Harian Metro