Dasar Privasi

Pihak Kerajaan Negeri Kedah mengumpul maklumat apabila anda mendaftar di portal. Semasa pendaftaran di aplikasi Kedah Digital, anda akan diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan, alamat e-mel, alamat atau nombor telefon.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon yang anda berikan untuk pemprosesan, hanya akan digunakan untuk menghantar notifikasi.
  • Aplikasi Kedah Digital menggunakan teknologi terkini ter,masuk penyulitan perisian untuk melindungi maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal bagi mengekalkan standard keselamatan bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
  • Pihak Kerajaan Negeri Kedah tidak menjual, memperdagang atau memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga (jika ada) yang membantu kami dalam mengendalikan aplikasi Kedah Digital.
  • Pihak Kerajaan Negeri Kedah juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang.
  • Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.
  • Dengan menggunakan aplikasi Kedah Digital anda bersetuju dengan dasar privasi portal Pihak Kerajaan Negeri Kedah.
  • Pihak Kerajaan Negeri Kedah mempunyai hak untuk mengubah polisi privasi aplikasi Kedah Digital dan akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman web ini.
Jika terdapat sebarang soalan mengenai dasar privasi ini, anda boleh menghubungi Pihak Kerajaan Negeri Kedah menggunakan maklumat di bawah : Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah
Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Tel : 04-7027000 / 04-7027070 | Emel : kedahdigital[at]kedah[dot]gov[dot]my