
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada 30 April 1942 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-27. Paduka bonda Baginda bernama Almarhumah Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman yang merupakan anakanda Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
LATAR PENDIDIKAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan kemudian meneruskan pengajian Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid. Pengalaman belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, telah memberi pendedahan kepada Kebawah DYMM Sultan Sallehuddin untuk bergaul dengan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kedudukan. Disinilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti di antaranya permainan ragbi, bolasepak dan di dalam Persatuan Perbahasan. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh persekolahan baginda adalah pada tahun 1958, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin telah melibatkan diri dalam aktiviti berakit buluh dari Sungai Sik sehingga ke Sungai Kuala Muda yang memakan masa selama 4 Hari.
KELUARGA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah bertemu jodoh dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff yang merupakan ahli kerabat DiRaja Negeri Kelantan. Pertemuan ini berlaku semasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin bertugas di Kelantan bersama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah melangsungkan perkahwinan pada tanggal 26 November 1965. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan DiRaja ini telah dikurniakan 2 orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah yang diputerakan pada 2 Mac 1967 dan YTM Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin yang diputerakan pada 27 April 1970.
DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin telah mendirikan rumahtangga dengan DYTM Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff dan dikurniakan 2 orang cahaya mata terdiri daripada seorang puteri dan seorang putera.
KERJAYA
Setelah menamatkan pelajaran di peringkat Senior Cambridge. Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar pada tahun 1962. Demi menyahut saranan daripada paduka kekanda Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan minat baginda yang mendalam dalam bidang ketenteraan, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah memilih untuk menjalani latihan kadet dan telah dihantar ke India untuk menjalani kursus ketenteraan di India Military Academy di Dehra Dun bermula daripada 23 Julai 1962 hingga 30 Jun 1963. Sekembalinya ke tanah air, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Febuari 1964 dan ditempatkan di Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang perkhidmatan, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak.
Kemuncak operasi adalah semasa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia dimana Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bersama batalion mengambil alih tugas di Kalabakan dan sempadan Indonesia/Malaysia seperti di Kampong Mentadah, Simpang Tiga, Apas Balong dan sebagainya. Batalion Ke-2 RAMD kemudiannya telah dipindahkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1965 dan seterusnya ke Kem Sungai Besi pada tahun 1966.
Pada Tahun 1967, batalion Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah ditukarkan ke Sarawak untuk menjalankan operasi di kawasan sempadan Indonesia/Malaysia sehingga tahun 1968. Pada tahun 1969, batalion Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ditempatkan untuk bertugas di Kem Tok Jalai di Kedah. Selain daripada operasi di sempadan, batalion.
Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin juga turut menjalankan operasi di Sandakan, Sabah. Semasa peristiwa Mei 1969, batalion Kebawah DYMM Sultan Sallehuddin beroperasi di Pulau Pinang. Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah bersara daripada Perkhidmatan Angkatan Tentera pada tanggal 14 Februari 1974. Semasa dalam tempoh percutian persaraan tersebut, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah menjalani latihan di Suruhanjaya Serbia (NPC) dan Malaysian Institute of Management (MIM). Selain itu, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin juga pernah mengikuti kursus di Amerika Syarikat. Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan perniagaan di mana Kebawah DYMM Tuanku pernah berkhidmat di syarikat pembangunan hartanah, perusahaan perkayuan dan pembinaan.
YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH
Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Tunku Temenggong Kedah pada 28 November 1981. Baginda juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 13 Disember 2011 apabila paduka kekanda baginda Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memulakan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14. Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan paduka kekanda Baginda Almarhum Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan Baginda memegang jawatan itu sehingga 12 Disember 2016. Jemaah Pemangku Sultan Kedah terbubar secara sendiri apabila Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14.
RAJA MUDA KEDAH
Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah yang ke-19 pada 15 Disember 2016 sempena keberangkatan pulang Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14. Istiadat pemasyhuran telah diadakan dengan penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menggantikan D.Y.T.M Raja Muda Kedah sebelum ini, Almarhum Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mangkat pada 29 November 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
SULTAN KEDAH
Pada tanggal 12 September 2017, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29. Perisytiharan dibuat mengikut Perkara 17 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah setelah kemangkatan kakanda baginda, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit pada 11 September 2017. Pengumuman perisytiharan Sultan Kedah yang baharu itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah di Balairung Seri, Istana Anak Bukit. Keputusan melantik baginda sebagai Kebawah DYMM Sultan Kedah yang baharu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah.
ANUGERAH BINTANG DAN DARJAH KEBESARAN
1970 – | Dianugerahkan Bintang Cemerlang Negeri Kedah (BCK) daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
1974 – | Menerima Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) daripada Kerajaan Persekutuan di atas perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. |
1982 – | Dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran “Dato” daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
1982 – | Dianugerahkan Kerabat Bergelar TUNKU LAKSAMANA KEDAH daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
1987 – | Dianugerahkan Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
1996 – | Dianugerahkan Kerabat Bergelar TUNKU TEMENGGONG KEDAH daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
2008 – | Dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SHMS) daripada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. |
2010 – | Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. |
2011 – | Dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berikutan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 13 Disember 2011 |
2012 – | Dianugerahkan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong |
2014 – | Mengambil alih jawatan selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas kemangkatan Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah – 21 Mei 2014 |
2015 – | Dimasyhurkan sebagai Pro Canselor 1 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) – 7 Mac 2015 |
2016 – | Dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) oleh DYMM Tuanku Sultan Kelantan – 28 November 2016 Dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman – 15 Disember 2016 |
2017 – | Dianugerahkan Darjah Kerabat Kedah (D.K) oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah – 15 Januari 2017 Diisytiharkan sebagai Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 12 September 2017 Dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi), D.K (Kelantan) oleh YMM Pemangku Raja Kelantan – 30 September 2017 Dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Di-Hormati D.K I (Johor) oleh DYMM Tuanku Sultan Johor – 30 Oktober 2017 Dianugerahkan Darjah Kerabat DiRaja Yang Amat Dihormati Perak (D.K) oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan – 4 Disember 2017 |
2018 – | – Dianugerahkan Darjah Kerabat (DK) Yang Amat Dihormati oleh DYMM Sultan Selangor – 25 Januari 2018 |
PENGLIBATAN DALAM INSTITUSI,PERTUBUHAN, PERSATUAN DAN SYARIKAT
– Yang di-Pertua, Majlis Agama Negeri Kedah Darul Aman
– Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman
– Pro Canselor 1, Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
– Penasihat II, Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) – Penaung Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim
– Penaung Pusat Pengajian Islam Darussilihin Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
– Penasihat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia (JAKPAW) Negeri Kedah Darul Aman
– Ahli Kehormat Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Negeri Kedah Darul Aman
KEGIATAN / KEGEMARAN
Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin seorang yang mempunyai perwatakan yang mesra namun tegas di dalam membuat keputusan dan sangat mementingkan penampilan diri. Latihan dan pengalaman ketenteraan yang dilalui telah mewarnai watak dan keperibadian baginda yang sangat mementingkan masa. Berdasarkan kriteria tersebut, Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah dilantik sebagai Kolonel Kehormat di dalam Askar Wataniah Negeri Kedah (JAKPAW).
Pada tahun 2007, Baginda telah diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Bridgider Jeneral dan seterusnya menjadi Penasihat kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja. Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin amat berminat dan bergiat aktif di dalam bidang sukan dan gemar beriadah seperti bermain golf. Baginda juga mengikut jejak Almarhum ayahanda baginda yang gemar memelihara haiwan. Baginda memelihara pelbagai spesies kucing yang dipelihara sendiri oleh baginda. Pada masa lapang Kebawah DYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin gemar bersiar-siar dan melancong bersama anakanda dan cucunda.
SUMBER : Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman diputerakan pada 13 April 1949 di Kota Bharu, Kelantan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah merupakan anakanda ketiga daripada tujuh adik-beradik hasil perkahwinan YTM Tengku Sri Jaya DiRaja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Rokiah Sulaiman.
Paduka Ayahanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah merupakan anakanda saudara kepada Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Negeri Kelantan Yang Ke-27. Semasa kecil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah dibesarkan dalam perkarangan Istana dan Kerabat DiRaja dengan penuh kasih sayang dan adat istiadat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah mendapat pendidikan awal di Sekolah Saint Marry, Sentul dan seterusnya Sekolah Rendah dan Menengah Assunta, Petaling Jaya. Ketika itu Paduka Ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah berkhidmat di KLM, Syarikat Penerbangan Belanda.
Pada tahun 1960, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah sekeluarga berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada ketika itu Paduka Ayahanda telah diperkenankan untuk bertugas sebagai Juruiring kepada Almarhum Sultan Yahya Petra Sultan Negeri Kelantan.
Sekembalinya ke Kota Bharu, Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab Kota Bharu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam Persatuan Perbahasan di sekolah. Kepetahan bertutur di dalam Bahasa Inggeris memberi peluang kepada Kebawab Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debat. Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga merupakan Ketua Kelas dan Pengawas Sekolah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilamar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin lbni Almarhum Sultan Badlishah di usia 17 tahun dan telah melangsungkan perkahwinan pada 26 November 1965 dengan penuh adat istiadat perkahwinan Melayu. Ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertugas sebagai Pegawai Tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kelantan.
Setelah berkahwin, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah berpindah mengikut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, ke Kem Tambun, Ipoh, Perak dan selepas itu ke Kem Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Sebagai isteri kepada seorang perajurit dan Ketua Platun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah turut melaksanakan tanggungjawab dengan membimbing dan menerajui isteri isteri perajurit yang lain dengan bergiat aktif di dalam aktiviti Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Tentera.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah lbni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman yang diputerakan pada 2 Mac 1967 dan Yang Teramat Mulia Dato’ Tunku Shazuddin Ariff lbni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah yang diputerakan pada 27 April 1970.
Pada tahun 1973, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah memulakan kerjaya dengan berkhidmat di sebuah syarikat perkapalan. Kemudian pada tahun 1975 sehingga tahun 1994, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah berkhidmat di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Setelah menamatkan perkhidmatan di MAS, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilantik sebagai penasihat dan konsultan di dalam Syarikat lnbaz dan Seri Libana yang diterajui oleh paduka anakanda sehingga sekarang.
Walaupun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah seorang yang sangat fokus dan komited dalam bidang kerjaya, namun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah sentiasa memberi sokongan penuh kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam apa jua penglibatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga sangat mengambil berat akan pendidikan anakanda-anakanda sehingga kedua-duanya telah berjaya dalam pendidikan masing masing. Putera sulung, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafuddin Badlishah adalah lulusan Undang-Undang (LL.B), Brunei University, England pada tahun 1990 dan Inner Temple England pada tahun 1992. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafuddin Badlishah telah mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda juga berkelulusan dalam bidang Perundangan (LLB) dari Cardiff Law School, Londan pada tahun 1993, dan LLM (Commercial Law) dari University of Bristol, London pada tabun 1994. Manakala anakanda kedua, Yang Teramat Mulia Dato’ Tunku Shazuddin Ariff, adalah kelulusan Bachelor of Arts daripada Kansas Wesleyan University, USA. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah sangat rapat dengan anakanda-anakanda dan cucunda-cucunda. Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga amat mengambil berat terhadap pengurusan dan penjagaan akan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Antara hobi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ialah memelihara kucing. Sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah terhadap haiwan amat terserlah kerana semua kucing peliharaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah adalah kucing yang tidak bertuan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah sendiri yang akan menjaga dan memelihara kucing-kucing tersebut.
Selain arif dalam. kerja-kerja menjahit, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga pandai memasak, khasnya masakan Pantai Timur.Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga sukakan alam semulajadi yang bersih, segar dan nyaman. Hal ini diterjemahkan melalui seni taman dan lanskap di sekeliling kediaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah.
Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah juga gemar melancong ke luar negara bagi melihat keindahan serta kehidupan masyarakat antarabangsa. Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekeluarga telah menjelajah ke negara-negara luar seperti benua Eropah, Amerika, Asia dan Australia. Pengalaman yang diperolehi telah meluaskan pandangan Kebawah Dull Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dalam pelbagai perkara terutama yang berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta bangunan dan artifak bersejarah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah amat prihatin kepada pendidikan rakyat di Negeri Kedah terutama dalam pendidikan Bahasa Inggeris. Atas keperihatinan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah perkenan untuk dilantik sebagai Penaung kepada program Computer And English Literacy (COMEL), yang merupakan satu program pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk para pelajar di peringkat sekolah rendah bagi memberi pendedahan awal kepada mereka dalam menguasai Bahasa Inggeris. Program ini adalah usahasama yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bersama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Di atas sumbangan dan jasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah kepada Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah telah dikurniakan Darjah Kebesaran seperti berikut :-
- Tahun 2001 – Darjah Dato’ Seri DiRaja Kedah (D.S.D.K.)
- Tahun 2011 – Darjah Seri Setia DiRaja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K.)
- Tahun 2017 – Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S.)
- Tahun 2018 – Darjah Kerabat Kedah (D.K.)
DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH IBNI SULTAN SALLEHUDDIN

- Membaca
- Bermain Golf
- Aktiviti Explorasi
YANG TERAMAT MULIA DATO’ SERI DIRAJA TAN SRI TUNKU ABDUL HAMID THANI IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Nama : | Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid |
Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, | |
SHMS., SSDK., PSM., DSDK., Tunku Bendahara Kedah | |
Alamat : | 94 Jalan Leong Yew Koh, Taman Tun Dr Ismail, |
60000 Kuala Lumpur, Malaysia. | |
Tarikh Lahir : | 18 Jun 1951 |
Tempat Lahir : | Terengganu |
Status : | Berkahwin |
Perkahwinan | |
Bilangan Anak : | 3 orang (Lelaki) |
Pasangan : | Yang Amat Berbahagia, Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato’ Nora Binti Abdullah, |
DSDK., SMS., SDK., Toh Puan Bendahara Kedah. |
- Executive Chairman, THB Bina Maju Sdn Bhd Construction (Construction)
- Executive Chairman, THB Development Sdn Bhd (Contruction & Development)
- Executive Chairman, THB Maintenance Sdn Bhd (Road Maintenance)
- Executive Chairman, Armada Energy Service Sdn Bhd (O & G)
- Executive Chairman, Citaglobal Sdn Bhd (Contruction)
- Executive Chairman, Jerai Gemilang Sdn Bhd (Contruction)
YANG TERAMAT MULIA DATO’ SERI DIRAJA TAN SRI TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ BINTI ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., HON.PHD.(UUM), HON.PHD.(KUIN)

- Sukan golf
- Sukan Pelayaran: Beliau adalah Naib Laksana Muda (Commodore) daripada Royal Langkawi Yacht Club di Pulau Langkawi,
- Membaca buku, mendengar muzik, dan memiliki koleksi kecil lukisan dan arca Malaysia
YANG TERAMAT MULIA DATO’ SERI DIRAJA TUNKU SHAZUDDIN ARIFF IBNI SULTAN SALLEHUDDIN TUNKU LAKSAMANA KEDAH

PERLANTIKAN KDYMM TUANKU SULTAN
Mengikut Perkara 17, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja hendaklah seorang daripada bangsa Melayu dan berdarah Raja keturunan Pemerintah-Pemerintah Kedah dan laki-laki dan beragama Islam Ahli Sunnah Waljumaah. Perkara 7 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pula menetapkan bahawa Takhta dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman hendaklah turun temurun terletak kepada putera laki-laki yang tua kepada Almarhum Sultan Badlishah dan lepas daripada itu hendaklah turun temurun kepada zuriat laki-lakinya yang tua sekali daripada sebelah laki-laki yang ada dan hidup pada masa itu.
Perkara 9, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menetapkan bahawa perlantikan untuk menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman adalah dipertetapkan oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja. Mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja hendaklah mengandungi:
- Menteri Besar yang menjadi Yang DiPertua Majlis itu.
- Lain-lain ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Empat orang laki-laki ahli Kerabat Di Raja Negeri Kedah yang diangkatkan oleh Raja Pemerintah menurut timbang tiliknya dengan tauliah dan ditandatangani serta dicap dengan mohor Kerajaan dan dinyatakan di dalam Warta Kerajaan, dan
- Lima orang ahli laki-laki yang bukan ahli Kerabat Di Raja Negeri Kedah dan tiada kurang daripada seorang daripadanya ialah Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Negeri Kedah dan tiada kurang daripada seorang yang lain iaitu seorang yang cukup faham di dalam Undang-Undang Islam yang akan diangkatkan oleh Raja Pemerintah menurut timbang tiliknya dengan tauliah dan ditandatangani serta dicap dengan Mohor Kerajaan dan dinyatakan di dalam Warta Kerajaan.
KUASA-KUASA DYMM TUANKU SULTAN
- Kuasa Memanggil dan Membubarkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Baginda Sultan berkuasa memanggil Dewan Negeri untuk bersidang atau pun membubarkan Dewan Negeri. Mengikut Perkara 53 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja Pemerintah hendaklah dari suatu masa ke suatu masa memanggil Dewan Negeri dan tidak boleh dibiar lucut tempohan enam bulan di antara mesyuarat yang lepas di dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat yang pertama di dalam persidangan yang akan datang.
Berdasarkan peruntukan ini, Baginda Sultan hendaklah dari masa kesemasa memanggil Dewan Negeri untuk bersidang tetapi hendaklah tidak membiarkan jangka masa sidang Dewan Negeri yang lalu dengan sidang yang berikut lebih daripada enam bulan.
Baginda Sultan juga berkuasa memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri. Perkara 53 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memberi kuasa kepada Raja Pemerintah untuk menghentikan atau memansuhkan Dewan Negeri.
- Kuasa Mengampun
Dalam hal-hal jenayah di Negeri Kedah Darul Aman, apabila segala saluran dan cara keadilan telah habis diikhtiarkan, seseorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun kepada Baginda Sultan sebagai langkah terakhir. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman juga memberi kuasa kepada Baginda Sultan untuk mengampun, menangguh atau pun mengurangkan tempohan hukuman penjara bagi sesuatu kesalahan yang telah dihukum oleh Mahkammah.
Mengikut Perkara 42 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, berkuasalah Raja Pemerintah untuk membenar ampun, menangguh atau mengurangkan tempoh bagi sebarang kesalahan yang dilakukan di dalam negeri Kedah Darul Aman (selain daripada daripada apa-apa kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah Tentera) dan sebarang kuasa yang diberikan oleh Undang-Undang Persekutuan atau Undang-Undang Negeri bagi meringankan atau menangguhkan atau menukarkan hukuman bagi mana-mana kesalahan yang dijalankan olehnya.
Mengikut Perkara 42 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah Darul Aman, kuasa yang tersebut di dalam fasal (1) itu hendaklah dijalankan menurut peraturan serta syarat-syarat yang dipertetapkan di dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuasa Baginda Sultan hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi sesuatu negeri mengikut Fasal 5. Jemaah Pengampunan yang dutubuhkan bagi sesuatu Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Besar dan tidak lebih daripada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Baginda Sultan.
- Perkenan dan Pengesahan Rang Undang-undang
Kedudukan Baginda Sultan sebagai sebahagian daripada Dewan Perundangan Negeri bererti bahawa sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri tidak menjadi undang-undang sehingga rang undang-undang tersebut mendapat persetujuan daripada Baginda Sultan.
Perkara 60 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Undangan Negeri boleh membuat Undang-Undang Negeri di mana ianya hendaklah dijalankan dengan Rencana Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negeri dan diperkenankan oleh Raja Pemerintah. Manakala Perkara 60 (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman juga memperuntukkan bahawa Rencana Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apakala ianya diperkenankan oleh Raja Pemerintah.
Baginda Sultan memberi persetujuan kepada sesuatu rang undang-undang dengan menandatangan dan mengenakan Mohor Baginda. Apabila sesuatu rang undang-undang menjadi undang-undang setelah diperkenankan oleh Baginda Sultan, undang-undang itu pada biasanya hanya berkuatkuasa apabila ianya disiarkan dalam Warta Kerajaan. Namun begitu, ada kalanya kerana sebab-sebab tertentu, sesuatu rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh Baginda Sultan dan diterbitkan dalam Warta kerajaan, dinyatakan bermula kuat kuasa dari satu tarikh yang lampau atau suatu tarikh yang akan datang.
SUMBER : Pejabat KDYMM Tuanku Sultan KedahMengenai Famili Darjah Pengurniaan
Anugerah kebesaran Negeri Kedah Darul Aman boleh dibahagikan mengikut famili dan kumpulan. Mengikut famili, terdapat empat jenis iaitu Darjah Yang Maha Mulia Seri Mahkota, Darjah Yang Mulia Setia DiRaja, Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah.
Darjah Yang Mulia Seri Mahkota
Darjah Yang Mulia Seri Mahkota telah dizahirkan pada 29 Februari 1964. Terdapat empat pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalai kumpulan adalah seperti berikut:












|
Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota | Lelaki – Dato’ Wira | |
Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.) | Isteri – Datin Wira | ||
|
Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat | ||
Dihormati (G.M.K.) | |||
|
Ahli Gemilang Mahkota Kedah (A.G.K.) |
|
Bintang Keberanian Kedah | B.K.K. | |
|
Darjah Kerabat | D.K. | |
|
Darjah Kerabat Halimi | D.K.H. | |
|
Darjah Utama Kedah | D.U.K. | |
|
Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang | D.M.K. | |
|
Amat Dihormati | ||
|
Bintang Perkasa Kedah | B.P.K. | |
|
Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah | S.P.M.K. | |
|
Darjah Seri Setia DiRaja Kedah | S.S.D.K. | |
|
Dato’ Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim | D.H.M.S. | |
Muadzam Shah | |||
|
Darjah Kebesaran Gemilang Seri | D.G.M.K. | |
Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati | |||
|
Dato’ Paduka Mahkota Kedah | D.P.M.K. | |
|
Dato’ Setia DiRaja Kedah | D.S.D.K. | |
|
Pingat Perkasa Kedah | P.P.K. | |
|
Pingat Sultan Badlishah | P.S.B. | |
|
Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah | S.M.S. | |
|
Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat | G.M.K. | |
Dihormati | |||
|
Setia Mahkota Kedah | S.M.K. | |
|
Setia DiRaja Kedah | S.D.K. | |
|
Bintang Setia Sultan Abdul Halim Muadzam | B.M.S. | |
Shah | |||
|
Ahli Gemilang Mahkota Kedah | A.G.K. | |
|
Ahli Mahkota Kedah | A.M.K. | |
|
Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah | B.C.K. | |
|
Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah | P.C.K. | |
|
Bintang Kebaktian Masyarakat | B.K.M. | |
|
Pingat Jaksa Kebaktian | P.J.K. | |
|
Bintang Perkhidmatan Lama | B.P.L | |
|
Pingat Perkhidmatan Lama | P.P.L |