SULTAN KEDAH KURNIA WATIKAH TAULIAH 12 PEGAWAI DAERAH

Sultan Sallehuddin berkenan bergambar bersama 12 pegawai daerah selepas menerima watikah tauliah di Istana Anak Bukit pada Ahad.

ALOR SETAR (8 JANUARI 2023) : Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah kepada 12 orang pegawai daerah di negeri ini pada pagi Ahad.

Penerima watikah tauliah tersebut adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdullah Hashim; Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Bari Abdullah; Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim; Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Turut menerima tauliah adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin; Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib; Pegawai Daerah Sik, Mahamad Shuhaimi Man; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Datuk Elmi Yusoff; Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Datuk Mohd Sheriff dan Pegawai Daerah Yan, Mohamad Subhi Abdullah.

Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan watikah dalam majlis pentauliahan yang diadakan di Istana Anak Bukit dekat sini.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Sumber : Sinar Harian