KUNJUNG HORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH SEMPENA PERSARAAN

sfo_ss
FOTO WARTA KEDAH

ALOR SETAR (25 SEPTEMBER 2023): Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali menerima kunjungan hormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Isahak Murat di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Kunjugan hormat ini merupakan kunjungan rasmi terakhir beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang akan bersara wajib mulai esok setelah 36 tahun berkhidmat dalam pentadbiran negeri Kedah.

Beliau yang mula berkhidmat dalam pentadbiran sejak tahun 1987 sebagai Penolong Pegawai Daerah telah dikurniakan beberapa pingat seperti Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K), Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S) dan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah (D.G.W.K).

Sumber : Facebook – Warta Kedah