LZNK AGIHAN INFAK AYAM SEGAR FAKIR DAN MISKIN SEMPENA AIDILFITRI 1445H/2024M

FOTO LZNK

PENDANG (31 MAC 2024) – Program Agihan Infaq Ayam Segar Kepada Fakir Dan Miskin Sempena Aidilfitri melalui platfom Asnaf Care mula diperkenalkan pada tahun 2021 sehingga hari ini. Seramai 1,666 keluarga asnaf dan fakir miskin di seluruh daerah Pendang masing-masing menerima sumbangan dua ekor ayam segar dengan purata berat 1.5kg – 1.7kg daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bernilai RM 49,980.00.

Kali ini merupakan tahun keempat, LZNK meneruskan skim ini setiap kali bulan Ramadan dan mula diagihkan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi LZNK, Dato’ Seri Norizan Khazali berkata, kawasan tersebut membabitkan semua masjid di daerah Pendang dan mula diagihkan hari ini. Agihan itu juga mendapat kerjasama daripada 50 buah masjid di daerah terbabit bagi membantu meringankan persiapan menjelang Aidilfitri buat asnaf dan fakir miskin yang terpilih.

“Pada tahun lalu kita agihkan ayam segar di lima daerah dan tahun ini kita agihankan di seluruh daerah Pendang dengan jumlah 3,332 ekor ayam segar yang memberikan manfaat kepada 1,666 keluarga asnaf.

“Harapan kita, infak dua ekor ayam segar kepada satu keluarga ini dapat meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa.”

Mengulas lanjut, Dato’ Seri Norizan berkata, penghargaan turut diberikan kepada tiga badan korporat yang turut memberikan tajaan wakalah ayam segar pada tahun ini membabitkan jumlah sumbangan RM 19,500.00 bersamaan 1,300 ekor ayam segar.

Menurutnya badan korporat itu adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah yang menyumbang RM 9,000, Pebadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) RM 6,000, dan Kedah Medical Centre (KMC) RM 4,500.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang melalui Ayam Segar Asnaf Care.

Program penyerahan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah juga merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali.

“Berdasarkan sokongan ini, saya percaya sumbangan agihan ayam segar kepada asnaf dan fakir miskin dapat diteruskan lagi dengan jumlah penerima lebih ramai pada tahun hadapan,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Masjid Sultanah Haminah, Pendang Kedah, di sini hari ini.

Selain itu, agihan zakat pada bulan Ramadan ini turut diberikan kepada 25,000 orang dari kalangan asnaf fakir, miskin dan fi sabilillah yang akan menerima agihan sebanyak RM500.00 sebelum hari raya Aidilfitri, manakala 300 orang Muallaf lagi akan menerima sebanyak RM1,000.00 terutamanya mereka yang baru pertama kali menyambut Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini

Hadir sama dalam Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman; Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Dato’ Mohd Sheriff; Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Alwi Othman; Imam Masjid Sultanah Haminah, Bakar Mahmud dan wakil-wakil syarikat korporat.

Sebagai makluman, tahun ini LZNK menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM 12.6 juta dan terdapat tiga kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan di negeri Kedah iaitu RM 7.00, RM 14.50, dan RM 22.00. Orang ramai digalakkan untuk menunaikan zakat dengan nilai beras yang dimakan sepanjang tahun. Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan kutipan dan agihan zakat semasa secara Real-Time melalui aplikasi telefon pintar Zakat On Touch.

Dalam masa sama, saya turut menyeru seluruh warga negeri Kedah agar menunaikan zakat fitrah pada tahun ini sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bagi mengelakkan kesesakan di waktu akhir.

Sumber : Warta Kedah