Page 51 - Demo
P. 51
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 49SOROTAN WAKIL RAKYAT25 OGOS 202525 OGOS 202525 OGOS 202528 OGOS 2025ADUN LUNAS TINJAU JALAN BERLUBANGADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli meninjau keadaan jalan berlubang di Taman Desa Makmur dan kawasan sekitarnya.Tinjauan tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk. Aduan berkenaan juga telah dimaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kulim untuk tindakan pembaikan20 ORANG MENERIMA IKAFALAH DUN ALOR MENGKUDUADUN Alor Mengkudu, YB Muhammad Radhi Md Din menyampaikan sumbangan iKafalah DUN Alor Mengkudu kepada 20 orang penerima di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Alor Mengkudu.iKafalah ialah inisiatif kerajaan negeri Kedah untuk meringankan beban keluarga yang kehilangan insan tersayang.Walaupun nilai tidak mampu mengantikan kasih sayang, tetapi cukup untuk menampung sedikit urusan selepas pemergian ahli keluarga.WAKIL ADUN JENERI ZIARAH MANGSA KEMALANGANPegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainol mewakili YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi penduduk kampung, Bahari Abdullah dan isterinya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas.Kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan pada kenderaan, namun tiada kecederaan serius yang berlaku kepada mangsa.Turut hadir, Pengerusi Majlis Ketua Kampung Kota Bukit, Basharuddin Shariff di Kampung Kota Bukit, Mukim Jeneri.S A N T U N I P A S U K A N S E P A K T A K R A W PENDANGADUN Sungai Tiang, YB. Abdul Razak Khamis berkesempatan bertemu pemain dan jurulatih sepak takraw yang bakal mewakili Pendang di SUKDA.Dengan semangat dan usaha mereka, semoga pasukan ini diberi kemenangan.

