Page 47 - Demo
P. 47


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 45SOROTAN WAKIL RAKYAT10 OGOS 202510 OGOS 202510 OGOS 202510 OGOS 2025SUMBANGAN KOMPUTER RIBA TANDA KEPRIHATINAN KEPADA RAKYATADUN Bandar Baharu, YB Mohd Suffian Yusoff menyampaikan sumbangan komputer riba kepada pelajar lepasan SPM dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Bandar Baharu yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, sebagai tanda sokongan dan dorongan agar mereka terus berjaya demi agama dan bangsa.MAJLIS PERASMIAN PROJEK ECO GREEN INITIATIVEADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab hadir ke Majlis Perasmian Projek Eco Green Initiative di Lorong Keriang yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah, Dato%u2019 Dr. Nadzman Mustaffa. Projek anjuran MBAS ini bertujuan memperindahkan kampung berkonsepkan mesra alam.16 PENERIMA DUN SUNGAI LIMAU TERIMA SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIANADUN Sungai Limau, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyampaikan sumbangan Khairat Kematian daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada 16 penerima di sekitar DUN Sungai Limau sebagai tanda prihatin kepada waris yang kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni roh mereka yang telah pergi, serta memberi kekuatan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.RUMAH WAKAF UNTUK PAKCIK SAADADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari meninjau rumah wakaf di Kampung Permatang Ibus yang bakal didiami Pak Cik Saad bersama adiknya, seorang OKU mental, selepas kehilangan tempat tinggal.Rumah wakaf ini, sumbangan insan pemurah, akan dibaik pulih dan digotong-royong bersama penduduk demi keselesaan mereka.
                                
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51