Page 46 - Demo
P. 46
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 44SOROTAN WAKIL RAKYAT7 OGOS 202510 OGOS 202510 OGOS 202510 OGOS 2025TINJAUAN KEROSAKAN AKIBAT RIBUT DI KAMPUNG KUALA RUMANPegawai Khas Kawasan kepada Menteri Besar Kedah, Badrul Hisham Abdul Rahman mewakili ADUN Jeneri, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninjau kediaman penduduk yang terjejas akibat ribut di Kampung Kuala Ruman.Kejadian tersebut mengakibatkan kerosakan yang melibatkan 29 buah rumah, tiga buah kedai dan sebuah masjid.Turut hadir, Pengerusi Majlis Ketua Kampung Kuala Ruman, Sofian Abu Hassan sewaktu tinjauan.16 PENERIMA DUN SUNGAI LIMAU TERIMA SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIANADUN Sungai Limau, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyampaikan sumbangan Khairat Kematian daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada 16 penerima di sekitar DUN Sungai Limau sebagai tanda prihatin kepada waris yang kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni roh mereka yang telah pergi, serta memberi kekuatan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.SUMBANGAN i-BAKIPT UNTUK PELAJAR IPT DUN BELANTIKADUN Belantik, YB Ahmad Sulaiman menyampaikan sumbangan inisiatif Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (i-BAKIPT) kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.Majlis penyerahan berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Belantik sebagai tanda sokongan kepada anak-anak Belantik yang berjaya melangkah ke menara gading.ZIARAH KASIH DI TANDOPADUN Alor Mengkudu, YB Muhammad Radhi Md Din bersama pegawai-pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Alor Mengkudu meneruskan program ziarah kasih menziarahi pesakit, warga emas dan orang kurang upaya.Beliau turut menghulurkan beras sejahtera kepada 18 penerima di bawah seliaan MKK Tandop.Sumbangan itu sebagai tanda ingatan dan menzahirkan rasa kasih sayang dan keprihatinan sesama manusia.

