Page 48 - Demo
P. 48


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 46SOROTAN WAKIL RAKYAT11 OGOS 202512 OGOS 202511 OGOS 202511 OGOS 2025ZIARAH PRIHATIN: ADUN KUPANG SANTUNI PENDUDUK KAMPUNG LANAIADUN Kupang, YB Brigadier Jeneral (B) Dato%u2019 Haji Najmi Haji Ahmad menyantuni penduduk Kampung Lanai melibatkan warga emas, pesakit terlantar serta beberapa keluarga di sekitar DUN Kupang.Dalam ziarah tersebut, beliau menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan serta usaha meringankan beban rakyat.Hadir sama, Pengerusi Majlis Ketua Kampung Lanai, Mohamad Hassan Mohamad Rawther.ZIARAH KASIH: PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN DAN WANG TUNAIADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar menyantuni tujuh buah rumah di Kampung Baru Paya Mengkuang melalui program Ziarah Kasih bersama Majlis Ketua Kampung.Dalam ziarah tersebut, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai mengikut keperluan setiap penerima.Usaha ini diharapkan dapat meringankan beban mereka yang sedang diuji.SUMBANGAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA DUN JITRAADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan Sumbangan Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) serta pelbagai bantuan meliputi perniagaan, kesihatan, pendidikan, sukan, persatuan dan lain-lain permohonan.Beliau berasa sangat gembira dan bersemangat melihat senyuman penerima apabila mendapat sumbangan.Semoga setiap sumbangan ini menjadi penyuntik semangat, meringankan beban dan menggerakkan usaha membangunkan Jitra Sejahtera.SUMBANGAN iBAKIPT DUN BUKIT LADAADUN Bukit Lada, YB. Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz menyampaikan Bantuan Awal Pengajian Tinggi (iBAKIPT) kepada para pelajar yang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Serahan bantuan disampaikan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada.
                                
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51