Page 3 - Demo
P. 3
Lebih 70,000 tetamu hadir membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon.Menteri Besar Kedah berkata, majlis yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam itu mendapat sambutan luar biasa dan turut diserikan dengan Pesta Cahaya Hiasan Lampu yang mencuri tumpuan para pengunjung.%u201cSaya ingin mengajak tuan-tuan untuk sentiasa mengingati saudaramara kita di Palestin, khususnya di Gaza, yang saban hari diganyang oleh Zionis laknatullah Israel.%u201cDengan kegembiraan yang Allah beri kepada kita menyambut Aidilfitri, marilah sama-sama kita menimbulkan keinsafan bahawa genosid, penghapusan etnik, pembunuhan, dan pengeboman tanpa belas kasihan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Zionis perlu dikutuk sekeras-kerasnya,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar.Tambahnya, pelbagai juadah istimewa disediakan untuk para tetamu yang hadir. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis jemputan, antaranya Datuk Ramli Sarip, Mawi, Aris Ariwatan dan kumpulan NADA yang menghiburkan para tetamu sambil mereka menikmati juadah yang disajikan.%u201cSaya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada jentera kerajaan negeri yang diketuai oleh Dato%u2019 Seri Norizan Ghazali, Dato%u2019 Wira SFO, dan semua pegawai KCS yang telah memberi sokongan padu kepada perjalanan Kerajaan Negeri Kedah sejak tahun 2020 hingga tahun 2025 ini,%u201d katanya.RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MB KEDAH:KEMERIAHAN UNTUK SEMUAALOR SETAR - 7 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 2

