Page 10 - Demo
P. 10


                                    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Khas Gotong-royong Mega Pra-LIMA%u201925 yang bakal melibatkan pelbagai agensi, komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.Tujuan gotong-royong ini bagi memastikan Langkawi dalam keadaan bersih sebelum pelancong dari seluruh dunia datang serta mengelakkan pembiakan nyamuk dan penyakit berjangkit.Gabungan tenaga antara penduduk, agensi dan kerajaan negeri inilah yang bakal menjadikan LIMA%u201925 bukan sekadar pameran tetapi kebanggaan bersama.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjungan hormat daripada Haji Salikon daripada Water Malaysia di Wisma Darul Aman.Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan pelbagai isu penting, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan sektor air di negeri Kedah.Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan pengalaman dalam usaha memperkukuh pengurusan sumber air yang mampan demi kesejahteraan rakyat.Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjalin kerjasama strategik demi pembangunan yang lebih holistik.LANGKAWI BERSIAP SEDIA UNTUK LIMA%u201925!KUNJUNGAN WAKIL WATER MALAYSIA14 APRIL 202517 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 9
                                
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14