Page 5 - Demo
P. 5
Kerajaan negeri Kedah komited dalam usaha merancakkan sektor pelancongan negeri selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin berkata pesta cahaya itu menjadi antara bukti kesungguhan tersebut.%u201cSaya amat teruja dapat menyaksikan sendiri keindahan pesta cahaya ini yang disirami 1.6 juta lampu LED dengan pelbagai bentuk dan warna yang memukau,%u201d ujar beliau.Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat kerana memilih Alor Setar sebagai lokasi penganjuran yang bertepatan dengan suasana ceria sambutan Aidilfitri dan menyemarakkan lagi kempen TMK2025.%u201cSaya ingin mengajak seluruh rakyat Kedah serta warga dari negeri-negeri jiran untuk hadir merasai pengalaman unik ini. Saya yakin kenangan ini akan terpahat indah dalam ingatan setiap pengunjung,%u201d tambah beliau.Pesta Luna Lights Wonderland berlangsung dari 4 April hingga 4 Mei 2025, dengan sasaran kehadiran antara 80,000 hingga 100,000 pengunjung.Luna Lights mengetengahkan tujuh tema menarik iaitu Haiwan, Hutan Misteri, Roman, Angkasa, Akuatik, dan Kucing yang pasti memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung.Dalam pada itu, beliau turut menasihati semua pengunjung agar memelihara kebersihan kawasan berkenaan bagi memastikan Bandar Alor Setar dan negeri Kedah kekal bersih serta indah.%u201cKita mahu TMK2025 menjadi gerbang pemula laluan kepada lebih ramai pelancong sama ada ke Langkawi mahupun ke tanah besar negeri Kedah,%u201d katanya.Salleh turut menyeru semua jabatan, agensi kerajaan dan pihak swasta agar terus berganding bahu menggembleng tenaga bagi menjayakan agenda pelancongan negeri Kedah.LUNA LIGHTS WONDERLAND MERIAHKAN TMK2025ALOR SETAR - 10 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 4

