Page 8 - Demo
P. 8


                                    Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri bagi merancang kerjasama strategik untuk mengangkat martabat institusi agama dan pondok di negeri Kedah.Dalam perbincangan tersebut, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam menyatakan untuk memastikan institusi pondok tidak ketinggalan dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025) khususnya dalam mempromosikan segmen pelancongan ilmu.Hasrat beliau adalah agar seluruh rakyat dan pelancong dapat merasai sendiri peranan serta kewujudan institusi pondok dalam membentuk masyarakat Kedah.Antara yang dirancang termasuk:Pameran khas Ulama Nusantara, sejarah institusi pondok di Kedah, daurah kitab turath dan pengkisahan tokoh-tokoh ulama silam Kedah.Usaha itu diharap menonjolkan warisan keilmuan dan ketokohan ulama negeri Kedah.Hadir sama, pengumpul data dan sejarah institusi pondok, Tengku Yusuffl.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah bersama Invest Kedah dan MIDA Guangzhou telah mengadakan perbincangan rasmi bersama syarikat berteknologi tinggi global yang memfokuskan kepada sektor semiconductors, rare metal materials and advanced technology solutions.Syarikat itu telah menguasai keseluruhan rantaian nilai dari pengumpulan bahan mentah, pemprosesan, sehingga kepada pengeluaran produk akhir dan sistem tersuai, menjadikan mereka antara peneraju dalam industri berteknologi tinggi.Syarikat ini menunjukkan minat untuk melabur di Kulim Hi-Tech Park khususnya dalam bidang bahan semikonduktor berketulenan tinggi, sistem laser & inframerah, serta teknologi salutan filem nipis yang penting dalam sektor elektronik, automotif dan tenaga boleh diperbaharui.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin mewakili YAB Dato%u2019 Seri Menteri Besar Kedah, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-48 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kedah serta Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 Koperasi Kontraktor Melayu Kedah Berhad yang berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.Beliau mengambil kesempatan untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para kontraktor khususnya dari industri pembinaan atas sumbangan signifikan mereka dalam membina dan memajukan negeri Kedah dan Malaysia.YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh terinspirasi dengan semangat kebersamaan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PKMM Kedah.Beliau meletakkan harapan agar ia terus menjadi benteng yang kukuh dalam memperjuangkan nasib dan hak kontraktor Melayu, sekali gus memastikan kesinambungan dan kekuatan ekonomi Bumiputera dalam sektor pembinaan.Diharapkan agar ahli-ahli persatuan terus bersatu padu dan memperkukuh serta menggerakkan Koperasi Kontraktor Melayu Kedah Berhad ke tahap yang lebih tinggi, sebagai pemangkin kemajuan ekonomi bersama.13 APRIL 202514 APRIL 202513 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 7MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PKMM KEDAH
                                
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12