YANG BERHORMAT DATO’ HAJI NORIZAN BIN KHAZALI
DSDK., AMK., BCK.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

BIODATA
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
KEDAH DARUL AMAN

Anak kepada pasangan Allayarham Khazali bin Hamid dan Puan Hajah Sofiah binti Baharom ini dilahirkan pada 21 November 1966 di Pendang, Kedah Darul Aman. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendang, pada tahun 1973. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Malaya pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda B.A(Hons) dengan Kepujian pada tahun 1990. Seterusnya, pada tahun 2006, beliau telah meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dan berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains M.Sc(L.A.D) Pentadbiran dan Pembangunan Tanah pada tahun 2008.

Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali telah bertemu jodoh dengan Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak dan perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada tahun 2000. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki Nur Izzat Hamizan, Nur Isyraf Hamizan dan seorang perempuan iaitu Nur Aisyah Fatima.

Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 1 Disember 1991 di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran tanah iaitu selama 17 tahun. Diantara jawatan yang disandang beliau semasa di pentadbiran tanah adalah Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Padang Terap, Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Langkawi, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pendang dan Pentadbir Tanah Daerah Baling. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman dalam pentadbiran daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kulim, memangku Pegawai Daerah Pendang, Pegawai Daerah Pokok Sena dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Pengalaman Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali tidak terhad dalam pentadbiran daerah, tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja tetapi juga dalam pembangunan ekonomi negeri. Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri pada tahun 2013 sehingga tahun 2015 dan memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) pada tahun 2019 sehingga tahun 2022. Semasa bertugas di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) beliau telah bertanggungjawab dalam merangka Pelan Transfomasi Pembangunan Negeri Kedah pada tahun 2013, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan bersama-sama dengan Northern Corridor Implementation Authorithy (NCIA) merangka pembangunan Kedah Rubber City, The Bukit Kayu Hitam Special Boarder Economic Zone (SBEZ), Kedah Aerotropolis, Kedah Science Technology Park (KSTP) dan Northern Corridor Highway (NCH).

Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali juga menganggotai beberapa anak syarikat kerajaan negeri, badan berkanun serta agensi bukan kerajaan sebagai ahli lembaga pengarah antaranya Northern Corridor Implementation Authorithy (NCIA), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Stadium Negeri Kedah, Invest Kedah Berhad, Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, State Secretary Kedah (SSK) dan Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Sebagai pemantapan dalam kerjaya, beliau telah dihantar untuk menghadiri beberapa latihan dan mewakili Kerajaan Negeri Kedah sebagai delegasi di luar negara antaranya Korea-Malaysia Youth Exchange Programme pada tahun 1997 di Korea Selatan, National Blue Ocean Strategy Programme di PWTC Kuala Lumpur pada tahun 2013, Program A High Organizational Culture di National Graduate Insititute for Policy Studies (GRIPS) di Jepun pada tahun 2017 dan mewakili Kerajaan Negeri Kedah di The Belt and Road CEO Conference di Beijing, China pada tahun 2019. Kecemerlangan Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam juga terbukti apabila beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996, 2008 dan 2020.

Di atas sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam, masyarakat serta negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada tahun 2002 dan Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 2010. Pada tahun 2019 beliau telah dianugerahkan Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-77.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ISAHAK BIN MURAT
DSSS., SDK., AMK., BCK.

Pegawai Kewangan Negeri Kedah

YB DATO’ NIK AZHAN HAKIM BIN NIK MAHMOOD
DSSS.

Penasihat Undang-Undang Negeri

Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi
DSSS., AMK., BCK.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

Y.Bhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin
DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) / Ketua Pegawai Maklumat Negeri Kedah (CIO)

Peranan Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai nadi penggerak dasar-dasar pembangunan sosio ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri semakin mencabar dari semasa ke semasa.

Sejajar dengan perkembangan sektor perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan juga didunia, PSUK turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dan ekspektasi yang tinggi dari stakeholders dan pelanggan.

  1. INTEGRITI
  2. DISIPLIN
  3. KOMITMEN
  4. INTELEKTUAL
  5. TAAT SETIA
  6. KUALITI
  7. INOVASI
  8. SEMANGAT BERPASUKAN

PUNCA KUASA

  1.     PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  2.     UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI
  3.     AKTA PROSEDUR KEWANGAN, 1957
  4.     PERINTAH-PERINTAH AM
  5.     ENAKMEN KERAJAAN NEGERI
  6.     KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
  7.     PEKELILING-PEKELILING KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
  8.     PERATURAN-PERATURAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH (KELAKUAN DAN TATATERTIB)
  9.     AKTA PENCEN 1980
  10.     LAIN-LAIN AKTA DAN ENAKMEN YANG BERKAITAN

STAKEHOLDER

  1. KDYMM TUANKU SULTAN & KDYMM TUANKU SULTANAH
  2. YAB MENTERI BESAR
  3. YB AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
  4. YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

PERANAN

  1. Melaksanakan agenda transformasi negeri berteraskan kepada dasar-dasar makro dan sektoral sejajar dengan visi serta misi negeri dan Negara
  2. Menyelaras pembuatan keputusan kerajaan negeri dan persekutuan berasaskan kepada dasar atau polisi negeri dan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan ke atas keputusan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna
  3. Menyelaras perhubungan dua pihak berkepentingan iaitu stakeholders dan pelangggan dalam memastikan kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran rakyat
  4. Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui pemantapan pembangunan modal insan serta pembudayaan ICT
  5. Memantau dan mengawal selia pembangunan pentadbiran daerah, tanah dan kerajaan tempatan meliputi 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman
  1. MEMANTAPKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI BAGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT
  2. MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT
  3. MEMPERKUKUHKAN SISTEM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERBANDARAN BAGI MEMACU DAYA SAING NEGERI
  4. MEMANTAPKAN SISTEM TADBIR URUS DAN PEMBUDAYAAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
  5. MEMPERKUKUHKAN KAPASITI DAN PEMBUDAYAAN KERJA BERPRESTASI TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

VISI
MENJADI SEBUAH PERKHIDMATAN AWAM YANG TERBAIK, CEMERLANG DAN BERINSPIRASI KE ARAH MEMAKMURKAN NEGERI KEDAH MENJELANG 2023.

 

MISI
MENGGERAKKAN AGENDA TRANSFORMASI MELALUI PENTADBIRAN YANG INOVAIF DAN PRODUKTIF DEMI KEMAKMURAN RAKYAT.

 

MOTO
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN, MEMAKMURKAN NEGERI.

Accordion Content
Accordion Content

Tajuk : Statistik Negeri Kedah

Pautan Dataset : http://www.data.gov.my

Klik di sini untuk Garis Panduan