
mahazi[at]kedah[dot]gov[dot]my
mtarmizi[at]kedah[dot]gov[dot]my
Timbalan Setiausaha (Pengurusan)
Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian yang terdapat di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Merujuk kepada kelulusan waran Perjawatan, Surat Kelulusan Perjawatan [B (31.00) 202/1/2 – Jilid.12 (62) bertarikh 13 Januari 2009, Cawangan Am Pentadbiran telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Kewangan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Pentadbiran dan Pengurusan Bangunan dan Aset. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan) dan dibantu Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Bahagian ini meliputi (4) empat seksyen iaitu:-
Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Hubungi:
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7000
Fax : 04-702 7300
Emel : bkp[at]kedah[dot]gov[dot]my
Ke Arah Menjadi Sebuah Organisasi Terunggul Yang Berteraskan Integriti, Akauntabiliti Dan Profesionalisme Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Mewujudkan Dan Mengamalkan Kecemerlangan Kerja Berteraskan Ciri-Ciri Kakitangan Yang Berpengetahuan Dan Berdaya Saing, Celik IT, Berdisiplin Dan Komited Dalam Menjalankan Tugas Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Negeri.
Memberikan Perkhidmatan Urusan Pentadbiran Dan Penyelarasan Yang Berkualiti Kepada Pelanggan Dan ‘Stakeholders’ Dengan Memastikan Pengurusan Yang Cekap, Sistematik Dan Efisyen Mengikut Dasar, Perundangan, Peraturan Dan Garis Panduan Semasa
1. Merupakan Jabatan Yang Terutama Dan Tonggak Dalam Pentadbiran Kerajaan Dan Pembangunan Negeri Kedah.
2. Pentadbiran Utama Dalam Urusan Berkaitan Dengan Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Majlis Dan Protokol, Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Majlis Sukan.
3. Merancang Melaksana Dan Mengawasi Semua Urusan Pentadbiran Yang Merupakan Perkara-Perkara Dasar Dan Tertinggi Untuk Dilaksanakn Di Peringkat Negeri, Daerah Dan Jabatan,
4. Merancang Dan Mengurus Pembangunan Sumber Manusia Terutama Perkhidmatan Awam Negeri.