Page 61 - Demo
P. 61
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT59ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharir Long turun padang menziarahi penduduk yang terlibat dalam insiden banjir kilat di Kampung Pegawai, Tikam Batu.Kejadian banjir kilat yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air, sekali gus menjejaskan harta benda penduduk.Dalam lawatan tersebut, Ustaz Sharir meninjau keadaan rumah yang terlibat, mendengar aduan serta meneliti keperluan segera mangsa.Beliau turut menasihatkan penduduk agar menyalurkan maklumat kepada ketua kampung masing-masing bagi memastikan bantuan lanjut dapat diurus dengan cepat dan teratur.Ustaz Sharir turut menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terjejas dan memberi jaminan bahawa kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau keadaan semasa, termasuk melaksanakan kerjakerja pembersihan, penyelenggaraan parit dan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang.ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak, meluangkan masa meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan di tapak RTB Pulau Kerengga, lokasi yang terjejas akibat pecahan ban selepas arus sungai deras baru-baru ini.Kerja baik pulih ini merupakan susulan daripada lawatan bersama agensi-agensi berkaitan sebelum ini, di mana tindakan segera telah diambil selepas meneliti tahap kerosakan dan menerima laporan teknikal di lapangan.Alhamdulillah, proses pembaikan kini sedang berjalan dengan lancar. Beliau turut memastikan aspek keselamatan penduduk menjadi keutamaan dan pemulihan dipercepatkan demi kemudahan serta kesejahteraan masyarakat setempat.Komitmen ini mencerminkan kesungguhan beliau dalam memastikan setiap isu rakyat ditangani dengan segera, bermula dari tinjauan, koordinasi agensi, hinggalah kepada pelaksanaan penyelesaian di lokasi kejadianUSTAZ SHARIR LONG ZIARAH MANGSA BANJIR KILAT DI KAMPUNG PEGAWAIADUN TINJAU SUSULAN KERJA BAIK PULIH BAN PECAH DI RTB PULAU KERENGGA4 DISEMBER 20257 DISEMBER 2025

