Page 60 - Demo
P. 60
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT58ADUN Belantek, Ahmad Sulaiman meninjau lampu solar yang dipasang oleh MKK Pekan Sik di tepi sungai Kampung Belukar Sampah.Pemasangan lampu solar ini diharapkan dapat memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan penduduk yang menggunakan laluan tersebut, khususnya pada waktu malam.Kos pemasangan lampu berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN Belantek sebagai usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk masyarakat setempat.ADUN Derga, Muhamad Amri Wahab turut serta dalam program gotong-royong membersihkan kawasan di Taman Sri Taman bersama Dato%u2019 Dr. Chan, seorang physician dari Putra Medical Centre.Program ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan kejiranan sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan terjaga untuk semua penduduk.Terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan IDAMAN yang turut turun padang memberi sokongan serta menyediakan kelengkapan pengurusan sisa.Kehadiran mereka melancarkan kerja-kerja pembersihan, termasuk pengumpulan sampah pukal dan pembersihan longkang di sekitar taman.ADUN TINJAU LAMPU SOLAR D I K A M P U N G B E L U K A R SAMPAHG O T O N G - R O Y O N G B E R S I H K A N T A M A N S R I T A M A N B E R S A M A A D U N DERGA4 DISEMBER 20254 DISEMBER 2025

